• Agensi Angkasa Negara  
  •                   Agensi Angkasa Negara
KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang untuk melihat planet Zuhal, Musytari dan Marikh melalui teleskop dengan menyertai program 'Sidewalk Astronomy Night 2014' anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa), di sini Sabtu ini.
Angkasa dalam satu kenyataan malam ini berkata sebanyak lima teleskop akan disediakan pihaknya di Tepian Tasik, Taman Tasik Titiwangsa, di sini. 
"Pada malam itu juga orang ramai berpeluang untuk mencerap permukaan bulan yang pada ketika ini berada dalam fasa bulan baharu," kata Angkasa.     Program dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan bermula pada pukul 8 malam hingga 10 malam.
Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Angkasa turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai teleskop sendiri supaya membawa alat itu pada malam berkenaan.
Di samping melihat planet dan bulan, pengunjung juga bakal diberi taklimat berkenaan objek cakerawala yang dilihat serta boleh menyertai kuiz dan aktiviti dikenali sebagai 'space glow in the dark'. - Bernama

So,Buat Mr abduh..keluarkan segala peralatan teleskop bagi melihat planet2 ini...walaupon kamu dah expert dalam hal planet ini..hihih..hamba akan cuba keluarkan teleskop hamba walupon ia model lama....harap nampakla planet malam sabtu ini....