Salam
Pantai Chendering.... Terletak di Belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Chendering memang indah dan menarik dan mengamit pandangan umum baik di hujung minggu atau pon musim cuti sekolah..
Pantai Chendering pasti dipenuhi orang ramai pada bulan Januari hingga oktober..Jangka Masa inilah ramai pengunjung yang datang untuk merehatkan minda bersama keluarga.
Tetapi, didalam keindahan dan keriuhan sepanjang pantai chendering pada setiap petang ada kisah sebaliknya..pantai yang berombak lembutdan disapa angin bayu pasti membuatkan para pengunjung berasa rugi sekiranya tidak merasai akan kehangatan air laut di pantai ini.
Untuk awal tahun 2013 ini sahaja sudah tercatat beberapa kejadian lemas yang berlaku di pantai Chendering. Terbaru pada hujung Bulan Mac lepas membabitkan 3 sekeluaga...
Ombak yang kecil jangan disangka tidak ganas ini adalah kerana keadaan pantai yang nampak cetek di darat rupanya dalamnyer mempunyai jurang yang disebabkan arus dibawah yang membentuk jurang yang dalam.
Bagi anat Jati Kg chendering..memang sudah sedia maklum akan perkara ini...Pihak berkuasa patut memgambil tindakan dengan kadar segera bagi mengatasi akan masalah ini. Letak lah papan tanda atau bendera amaran dimana kawasan yang dalam atau cetek..Adakah selamat untuk mandi manda di kawasan pantai chendering ini.
Perlu ada kajian yang lebih mendalam dalam mengenal pasti kawasan mana yang agak berbahaya untuk pengunjung berada.
Tidak salah untuk berkunjung ke sini..Awasi setiap pergerakan anak-anak yang dibawa...Kita tidak boleh menduga akan kekuatan suatu ombak yang datang. walau nampak kecil pasti bersama arus yang kuat dibawahnya.
Beringat dan berpesan2 lah sesama Kita.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua