Tuesday 3 June 2014

GAOUT MENYERANG TANPA MENGIRA USIA






Masalah Gaout memang telah lama dikaitkan dengan makanan. Antaranya makanan laut, daging, kekacang dan minuman beralkohol. Pada waktu dahulu, rawatan Gaout meliputi penjagaan diet pemakanan yang ketat. Namun kini dengan adanya  ubat-ubatan yang lebih berkesan, penjagaan diet menjadi kurang penting.Sebab itulah doktor jarang memberikan panduan secara terperinci mengenai diet harian untuk penghidap Gaout.
 
Gaout berlaku apabila asid urik di dalam darah bertukar menjadi kristal di sekeliling sendi. Kehadiran kristal asid urik ini akan menyebabkan sendi bengkak dan sakit. Asid urik terbentuk daripada sejenis bahan yang dinamakan 'purine'. Purine boleh terbentuk dengan sendiri oleh badan tetapi ia juga boleh didapati daripada makan. Sekiranya kita dapat mengawal diet yang mengandungi purine, ia boleh membantu serangan Gaout. Mungkin tidaklah sampai boleh menyembuhkan Gaout tetapi mengurangkan serangan.
 
KAWAL DIET PEMAKANAN
1. Kurangkan daging, ikan dan organ dalaman
Makanan ini mengandungi kandungan purine tinggi.Jika anda masih ingin makan daging, hadkan pada lingkungan 150gm daging sehari.
 
2. Kurangkan makanan berlemak
Lemak tepu menghalang badan daripada membuang asid urik dengan lancar. Menggantikan protein daging dengan protein tumbuhan seperti legume dan kekacang, serta mengambil susu rendah lemak boleh mengurangkan lemak tepu dalam badan. Mengambil lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan obesiti yang dikaitkan dengan Gaout.
 
3. Elakkan minuman beralkohol
Minuman beralkohol menyebabkan badan susah membuang asid urik daripada badan.
 
Anda perlu mengurangkan berat badan tetapi jangan 'crash diet' atau 'high protein' diet kerana ia boleh menyebabkan serangan Gaout. Anda juga perlu mengambil air yang banyak untuk membuang asid urik berlebihan  dalam badan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...