Tuesday 4 April 2017

Kayuhan Santai Bersama Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin

Kayuhan santai pada 01 april 2017

Program kayuhan santai ini pun dapat maklumat dah nak hujung2, saudara Nasir iaitu sahabat kayuhan setiap kali berkayuh yang mendapatkan maklumat dari sifu kayuhan iaitu saudara ayub. Hamba join sahaja tanpa mendapat jadual penuh perjalanan kayuhan. Jadinya,ikutlah ape kata saudara Nasir.

Sebagaimana biasa,jam 7.30 pagi seorang demi seorang pengayuh tiba di kawasan berkumpul iaitu depan Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan Chendering,sekolah ini belakang dia adalah istana Syarqqiah.Hari Sabtu 01 April 2017 adalah hari cuti minggu bagi Negeri Terengganu, maka ramai la pengayuh2 tegar yang datang, pelbagai ragam dapat dilihat. Menurut kata urusetia pogram,kayuhan ini hanyalah santai dan beberapa peraturan ketat harus dipatuhi kerana kayuhan ini adalah bersama Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin . Menurut Urusetia,Kayuhan kali ini dari Chendering menuju ke Pejabat Tanah dan Daerah Marang. Jarak antara Chendering ke Pejabat Tanah dan Daerah Matang kira-kira 13km sahaja,pergi balik dalam 26km sahajalah.

Jam 8.30 pagi Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin mengetuai kayuhan. Kayuhan bermula dengan diiringi barisan anggota polis trafik dan kelab berbasikal dari pihak Istana. Kayuhan santai melalui jalan sekolah menengah kebangsaan chendering dan menuju ke simpang empat chendering,seterusya melalui jalan Kuala Terengganu - Kuantan.
Kayuhan ditemani dengan keadaan cuaca yang redup dan nyaman. Tiada sebarang masalah semasa kayuhan.

Kami sampai di Pejabat Tanah Dan Daerah Marang kira-kira jam 10.15pagi. Selepas Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan  Zainal Abidin naik ke pentas utama kami semua disajikan dengan sarapan pagi. Layanan dari pihak urusetia amatlah terbaik,
Kira-kira jam 11.00pagi Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, turun dari pentas utama ke acara soccer ball bersama jabatan kerajaan.
Kami turut serta menyokong melihat Yang Di Pertuan Muda bermain soccer Ball.

Jam 12.00 Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan  Zainal Abidin berangkat meninggalkan program.
Kami semua masih ditapak program bagi menunggu Undian cabutan bertuah dari pihak Urusetia.
Syukur Alhamdulillah,dapat jugak cabutan bertuah tersebut.."nombor Ja'di Kata Mat Dan"hahaha....

Majlis Bersurai Kira-kira jam 1.00 tengahari, Kayuhan balik jugak diiringi anggota polis trafik. dengan keadaan cuaca yang sangat membahang panasnya dan dengan faktor angin yang agak kuat ,Tapi ok ler..jarak dekat dengan rumah. hihihihi..
asyik bercerita bosan jugak kan..bagilah gambar sekeping dua..hihihi
                                                   Sahabat hamba saudara Nasir

Sebelum bermula ...posing lu..masih menunggu ahli-ahli kelab basikal lain

setelah sampai di Pejabat Tanah Dan Daerah Marang..jarak dekat sangat kata saudara Nasir.

Yea...!!! mengene jugak satu nombor cabutan..Rezeki anak-anak



Perjalanan Balik..Kene tahan di Abg Polis sebab laju sangat kedepan meninggalkan grup besar dibelakang.

Grup basikal yang besar baru sampai,nampak beban yang bawak ditangan tu..redah aje...

Sampai dirumah jam 2.15 petang, selesai la sudah kayuhan untuk kali ini. itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi sesama kengkawan.semoga kita berjumpa lagi di lain post..hihihi
Assalamualaikum.....









No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...