Tuesday 4 April 2017

Kayuhan City Night Fun Ride 2017

Pembukaan Tahun 2017
Awal tahun 2017 mula mengeluarkan kuda(basikal) dari dalam stor bagi satu program Kayuhan malam sempena Le tour De Langkawi 2017 yang bermula di Negeri Terengganu sebagai Tuan Rumah.
Sudah Lama tidak mengayuh disebabkan faktor cuaca almaklumla pantai timur dilanda musim banjir pada Oktober hingga Januari,perubahan monson. Ada Hari Hujan,ada Hari panas. Jadi,Langkah terbaik simpan dahulu Kuda dalam stor. Bagi Rehat

19 Februari 2017 baru nak mula berkayuh. Hamba telah mengajak saudara Nasir,teman sentiasa ada bila Hamba berkayuh. saudara Nasir ni seorang yang HardWork.Jadul dia sentiasa penuh.Tapi seorang yang mesra bila diajak sembang.hihi

Program Kayuhan bermula pada jam 8.15mlm. Ikut Jadual program la. Program bermula di Dataran Awam Batu Burok dan Behenti di  Bangunan Paya Bunga Square tengah bandar Kuala Terengganu dan Berakhir di Taman Awam Batu Burok.
Kami Bergerak dari rumah(Chendering) ke Dataran Batu Burok selepas selesai menunaikan solat Magrib,santai2 sahaja,Tak perlu nak cepat sangat kerana kami dah masak benar sekiranya program kayuhan macam ni..pasti akan lewat bermulanya.hihihihi

Tepat Jangkaan kami,seperti biasa Negeri Terengganu Memang meriah dengan pengayuh tegar. Dataran Batu Burok mula dipenuhi pengayuh dari segenap pelusuk kg dan daerah.
Hamba dan saudara Nasir mula mencari rakan2 lain bagi berkumpul. Jam 9.00mlm selepas isyak majlis pelepasan peserta dimulakan.
bergambar Dahulu..posing takat mana mampu..


Kami melalui Jalan Dihadapan Hospital Kuala terengganu seterusnya Ke Bulatan Batu Bersurat,melalui Jalan Tanjung menuju ke Pasar Payang dan seterusnya ke melalui Jalan Kg.Cina menuju ke Jalan Bank dan seterusnya menuju ke Bangunan Paya Bunga Square.
Kami disambut dengan meriahnya disini. SEdikit Jamuan disediakan oleh Pihak Penganjur.
Penganjur menawarkan kepada sesiapa yang menggunakan Mountainbike boleh panjat bangunan Paya Bunga square sampai di Tingkat 5 menggunakan laluan ke parking.
Ape lagi,masing2 mahu menunjukan kehebatan,kekebalan kaki masing2..Tapi tidak mencabar mana masa naik ke tingkat 5..masa turun tu je lah kene berhati-hati sebab laluan yang curam.

 masa sampai di Bangunan Paya Bunga Square
Tingkat 5 Bangunan Paya Bunga Square.


Selepas Berehat seketika, Kayuhan disambung kembali ke Dataran Batu Burok bagi menamatkan kayuhan.
Kami sampai di dataran dengan santai2 sahaja. Sampai sahaja di Dataran,kami dijamu lagi dengan sedikit kuih muih.
Berehat sebentar sementara menunggu acara wajib iaitu Acara cabutan Bertuah.hihihiih..hahahhaa
Majlis Tamat selepas cabutan bonanza diumumkan. Kali ni,Nombor kami semua tidak mengena. Tak kisahla..janji kami semua hepi dan dapat keluarkan peluh.
sekianla dahulu coretan kali ni. ada masa hamba coret2 lagi.
Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...