Tuesday 4 April 2017

Kayuhan Patriotik merdeka Fun Ride 2016 Peringkat Negeri Terengganu

Masa yang terluang dibulan Mac ni rasa macam rajin pulak nak menaip kat Blog. So,update la ape yang patut.

10 September 2016 Tahun lalu berlangsungnya satu kayuhan patriotik merdeka bagi peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Awam Pantai Batu Burok. Hamba dan saudara Nasir serta beberapa orang lagi ahli club TCDC terengganu menyertai Kayuhan Fun Ride ini.

Kayuhan yang berobjektifkan  bagi menyatukan pelbagai lapisan budaya dalam kalangan masyarakat disamping dapat mengamalkan budaya hidup sihat. Tidak lupa juga sebagai usaha dan pemangkin di dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam memastikan keamanan dan keharmonian Negara ini terus kekal terjaga dan terpelihara.
Bergambar lu sepukul Ngan saudara Nasir



Jadinya, kami mengambil peluang tu sebagai aktiviti mengeluarkan peluh. Kami bergerak Dari rumah dengan mengayuh beramai- ramai setelah membuat janji berkumpul di depan rumah saudara Nasir. 
Jarak antara rumah saudara Nasir ke Dataran Awam Batu Burok adalah lebih kurang 16km. Kami bergerak pada jam lebih kurang Jam 7.45 pagi. Dengan berhati-hati menyelusuri Jalan Kuala Terengganu ke Pusat Bandar Kuala Terengganu kerana banyak kenderaan yang bergerak awal pagi dalam menyelesaikan urusan masing-masing. Kami sampai ke Dataran Awam Pantai Batu Burok Kira-kira Jam 8.15 pagi. Pengayuh-pengayuh dah ramai yang membanjiri Dataran. Negeri Terengganu ni memang ramai pengayuh Tegar yang sentiasa bersemangat dalam sukan berbasikal. Kayuhan bermula lebih kurang jam 8.45 pagi.
Ketua Pengarah BTN, Datuk Haji Ibrahim bin Saad (berbasikal) bergambar kenangan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, YB Tuan Haji Bazlan bin Abd Rahman.
Bergambar sebelum mula berkayuh

Kayuhan yang santai sahaja melalui jalan sekitar Bandar Kuala terengganu dan sekitarnya.Pelbagai ragam dapat dilihat ketika mengayuh. Adatlah bila ramai-ramai..ada aje ragam. Kami Berjaya selesaikan kayuhan dan sampai di Dataran Awam Batu Burok Kira-kira jam 11.30pagi. Kami disambut dengan kalungan pingat beserta sedikit jamuan makan.
Seterusnya berehat sekejap untuk menunggu untuk cabutan bertuah. orang terengganu kata "wat mangat"

Nampak..berkilau kan..hihihi
Sambil makan sambil dengar Nombor cabutan bertuah yg bertuah. Alhamdulillah,hamba dapat jugak..Tuala mandi jadi lah. nampak No.5 atas no.plate tu(tgk gambo ter) upanya pihak penganjur dah bg siap2 hadiah misteri. Untuk cabutan geng Club tcdc ada yag dapat ada yang tidak mengena..hahahah..tapi hadiah bukanlah tujuan kami. Kami dapat berkumpul, berkongsi, bertanya khabar rakan-rakan sudah cukup bahagia bila dapat berkumpul ramai-ramai.
Majlis bersurai Kira-kira Jam 1.00 petang. Kami macam biasa mengayuh balik di tengah2 panas tengahari.hihii..jarak pergi balik kira-kira 32km sahaja. 
sekian dahulu la untuk coretan kali ini..akan diupadate lagi kayuhan yang lain pulak.
assalamualaikum....








No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...