Wednesday 5 April 2017

Kayuhan Berat Mesti Ideal(BMI) Sempena Ekspo MAMPAN Terengganu

Tanggal 17 September 2016 cerita tahun lepas punya ni...sebab kekangan masa yang terhad jadi tidak sempat la nak update dalam ni..Pada Tanggal tu ada la menyertai kayuhan Berat Mesti Ideal (BMI) anjuran Pihak MAMPAN dengan kerjasama Pihak Universiti Malaysia Terengganu ( UMT )

Kayuhan Bermula dekat dengan Terengganu Trade Centre (TTc) pada 7.30pagi. Untuk Kayuhan kali ni,Hanya Hamba dengan saudara Nasir sahaja yang dapat sertai ini adalah kerana ahli grup ada yang masuk Jamboree yang lebih besar di beberapa tempat. Hamba tak dapat sertai mereka kerana ada hal yang tidak dielakan kerana biasa jamboree jauh-jauh ini memerlukan 2 hari sebelum event,dengan nak sewa homestaynya dan macam2 lagi lah. Kekangan waktu kerja dengan aktiviti berbasikal ini,amatlah mencemburui hamba.

Oklah,berbalik pada kayuhan mampan ni,Semua peserta disajikan dengan senaman pagi bersama basikal sebelum kayuhan bermula.Boleh la senaman bersama basikal,ala-ala tarian balet g tu..hahahha
dengan kami yang tidak sarapan pagi lagi waktu ni..hanya minum milo panas semasa hendak keluar dari rumah perut minta diisi.huhuhu..huhuhu..
dataran UMT
tengok tu...saudara Nasir bila mari bulan dia..hihihihi

masa ni,kami baru sampai dekat dataran UMT
posing saje saudara Nasir kite ni..

Urusetia selepas sahaja senaman Terus melepaskan peserta dengan diiringi Anggota Polis Trafik menuju ke Universiti Malaysia Terengganu. Kayuhan ini melalui Jalan Jambatan Sultan Mahmud dan terus ke Jalan stadium dan menuju ke UmT. Sampai Di Umt barulah kami disajikan dengan sedikit jamuan mee hon goreng beserta pisang. Berehat sekejap dan kami diminta masuk ke dalam dewan Kuliah bagi sesi ceramah kesihatan. Dah lama rasanya tidak masuk dewan kuliah sejak tamat pengajian pada 2005 dahulu..hihihii
Cermah tu di kelolo oleh pensyarah di Umt sendiri. Bagus jugak cara penyampaianya,pasal kesihatan kita semua kan. pemakanan kita. ape yang boleh makan banyak dan ape yang kene makan sedikit.
posing lu dalam Dewan Kuliah UMT
Selesai Kuliah..Ehh,!! silap..selesai sesi pasal kesihatan,kami semua dibawa ke bahagian perikanan nama sainstifit dah lupa bahagian ape..maaf ler..Tapi kat dalm ni,kami semua dapat tengok spesis penyu,belangkas dan banyak jenis lagi. tapi semua dah diawet la..hhihihi
Udang galah ke Udang Batu tu saudara Nasir weh....
Belangkas,tapi tak tahu jantan ke Betina..
penyu ganu ni kot...

Selepas tu kami semua dibawa ke bahagian marin pulak.Tengok Ikan dalam akuarium, Sejuk otak tengok ikan berenang-renang.hihihi
Setelah selesai sesi lawatan ini, Kami semua siap siaga untuk perjalanan balik ke TTc.
Perjalanan Balik ke TTc amatlah perlahan kerana ramai peserta yang junior dalam kayuhan sudah keletihan dengan cuaca yang membahang. Jadinya 20km/jam je la konvoi bergerak. Bosan yang amat dirasakan. Berasa amat jauh sekali UMT dengan TTc.
Kamis sampai Ke TTc dah jam 1.00 Tghari. Berehat sebentar. Dan sesi wajib pada setiap kayuhan walaupun Fun Ride ,sesi Cabutan bertuah la. 
Mengena jugak satu. Jadi lah
Majlis Tamat selepas upacara Cabutan bertuah, hamba dengan saudara Nasir berkayuh balik dengan cuaca membahang.
sekian untuk coretan kali ni.
lain masa pulak la yer...
Assalamualaikum......








No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...