Sunday, 22 January 2017

Perancangan Tahun 2017


Salam Ukhwah...

Dah Lama rasanya tidak menulis didalam blog ni...Disebabkan kekangan masa dan jadual kerja yang padat.
Perancangan Tahun 2017 untuk kayuhan santai masih lagi tertangguh. ini kerana pantai timur masih lagi dilanda perubahan monson timur laut. Orang cakap 'musim tengkujuh'. kudasikal masih ditempatnya..berehat.
 Tempek arh gambo sekeping untuk projek kayuhan 2017
   Semoga ape yang dirancang menjadi tahun ini. selepas kayuhan ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu bulan april Tahun 2016, Kami berasa lebih bersemangat untuk meneruskan niat ke lain-lain negeri pula. 
Pengalaman yang kami dapat dari kayuhan terdahulu kami buat sebagai pedoman. Lain negeri lain ragam penduduknya. Banyak yang kami dapat pelajari. kami dapat lihat asam garam penduduk di sepanjang kayuhan. gelagat manusia. fiil dan perangai manusia sepanjang kami berkayuh ke kota bharu.
Jadi, Tahun ini, kami nekad untuk ke Pulau Langkawi pula. Ingin merasai suasana pulau disamping dapat bertukar buah fikiran sesama kengkawan disana.

Monday, 6 June 2016

Pengalaman itu tidak boleh dibeli


Bila ada minat,Kesungguhan pasti akan tiba....Hanya perancangan dan selebihnya ada Tawakka; kepada yang Esa.
Begitulah kami..3 anak Kampung yang berkawan sejak dibangku sekolah menengah sehingga kini.Uhkwah yang terjalin ini sukar di cari ganti,mempunyai minat yang sama,kesungguhan yang sama dan tekad yang sama.
Segala-galanya bermula di sebuah restoran,sambil kami menjamu selera kami bersembang akan segala aspek..Tiba2 timbul cadagan untuk membuat satu kayuhan santai jarak jauh dalam mempertingkatkan lagi stamina didalam kayuhan berbasikal kelab kami.
Bermula pada awal januari, hamba dilantik sebagai koodinator program. Maka hamba cepat-cepat untuk menyiapkan satu kertas kerja akan program berkenaan. Segalanya hamba coretkan didalam kertas kerja dimana kami akan bermula,bila tarikh mula dan sebaginyalah. Dari segi Logistik dan Pengangkutan sekiranya terdapat masalah semasa projek berjalan.
Satu mesyuarat telah diadakan untuk membentangkan kertas kerja yang telah dicoretkan..Syukur Alhamdulillah semua ahli bersetuju dengan tarikh dan masa yang ditetapkan.So,kami sepakat untuk mencari penaja atau sumbangan dari pelbagai pihak.
Syukur Alhamdulillah adalah beberapa orang yang iklhas menaja program kami ini. Terima kasih diucapkan.
Jadual latihan telah kami ditetapkan, pada setiap minggu boleh dikatakan kami membuat latihan segala bukit kami redahi bagi menguatkan stamina...
14/04/2016 tarikh bermula kayuhan yang kami pilih. dalam bulan ini,keadaan cuaca teramatlah extrim,dengan suhu memcecah 34 darjah celcius..bakal merupakan cabaran bagi kami. tetapi,segala perancangan telah kami buat di awal bulan januari lalu, tetap teruskan jua program ini. Cabaran bahang panas amatlah meneritkan kayuhan kami nanti.



Awal pagi 14/4/2016- kami mulakan kayuhan dengan sedikit bacaan doa(semoga perjalanan kami lancar dan selamat)

 Hentian pertama kami di sebuah restoran di lembah bidong sempadan Kuala Nerus dan setiu. Kami bersarapan pagi disini..Dari Chenderring ke sini,kami hanya mengambil masa hanya 1 jam dengan jarak 43km..cuaca pada masa ini,masih redup dan nyaman.
Kami berehat dan mengembalikan tenaga bagi meneruskan misi kayuhan kami ini.

Kayuhan diteruskan dengan cuaca yang mula membahang,semangat masih kuat ketika ini,hihihi
  Behenti rehat di tepi jalan..Cuaca teramatlah panas ketika ini.Kami mencari kedai makan utntuk mengisi perut. Nah,inilah menu tengahari kami.
Tambah tenaga ler..hihihi...

Berehat bila dah kenyang. Nampak muka keletihan disebabkan cuaca yang membahang.
 sekadar menghiburkan hati,apabila keletihan..hihihih
 Mengisi angin di penarik setiu

Berehat sekejap setelah menempuh kayuhan yang panjang dari penarik menuju ke Kg. Raja Besut.
Behenti untuk Solat Zohor di Tembila.

pekena air kelapa lu di pekan Kuala Besut..Nampak wajah-wajah sudah kehabisan tenaga..hanya semangat yang kental ketika ini.
Hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi untuk kami sampai ke Kota Bharu. Ketika ini bateri phone dah mula lemah..Jadinya,kene simpan la untuk hal-hal kecemasan

Selepas berehat,kami meneruskan kayuhan untuk ke Kota Bharu. Kami akan menginap di cRown Garden Hotel untuk semalam dan akan mulakan kayuhan balik pada keesokanya.
Kayuh dan terus kayuh..akhirnya..

   Kami sampai ke Hotel cRown Garden Kota Bharu jua akhirnya..tu jarak yang kami perolehi...Alhamdulillah pihak hotel bagi kami bilik yang agak besar. Terima kasih Crown Garden...penat,puas hati dan masa untuk mencari makan.Kami tidur dalam keletihan..hahhaha.
 makan pagi di hotel cRown Garden kota bharu..ringan-ringan dulu.
 selesai sarapan pagi..kami besiap untuk patah balik ke kuala terengganu..Nampak Ceria lagi di pagi hari ini. Basikal pun kami masukkan sampai ke bilik, ini adalah kerana pihak hotel tiada tempat yang sesuai untuk kami letakkan basikal....jadinya basikal dan tuan tidur sekali la sebilik..
JOm kayuh lagi...kayuh dan trus kayuh..

 Dapatlah kami semua masuk sinar harian ..terima kasih sinar harian kerana sudi menyiarkan kisah kayuhan kami ini.
 
 

Saturday, 9 April 2016

Trening



Sesi latihan


 Sesi Latihan di Kala Petang

 Panjat gu..panjat...

 Kuar peluh shj.....

Wednesday, 6 April 2016

Sambungan...Tempat penginapan

Sambungan...Projek kayuhan Terengganu - Kelantan


Lagi 5 Hari...Projek ini akan bermula....Segala Pesiapan Nampaknya hampir sempurna..hihihih
Baik dari segi Fizikal , mental dan segala kelengkapan semasa perjalanan beserta Tempat penginapan telah siap segalanya...
Selebihnya Kami berserah kepada yang Maha Esa...Kita hanya mampu merancang,Tapi Allh swt yang menentukannya...Semoga kami selamat sampai ke distinasi dan selamat kembali...

Bakal tempat menginap kami hotel crown garden kota bharu..

Boleh lah yer....Just untuk Rehatkan tubuh dan melepaskan penat....

 Gambar Bawah { Tempat permulaan Kayuhan kami}Masjid Sultan Ismail Chendering

Sambungan.....Kayuhan antara Terengganu dan Kelantan



Sambungan.....Kayuhan antara Terengganu dan Kelantan


 Kedai Kayoh bike store bagi mencari barang keperluan semasa kayuhan.Ini Kami Bertiga......



Nah....Itu yang kami cari dahulu..."Sediakan Payung Sebelum Hujan"...ape@ persediaan amatlah penting
Beberapa tiub dan pin rantai....

Sambungan....Projek Berbasikal Antara Negeri Terengganu dan Kelantan

Sambungan....Projek Berbasikal Antara Negeri Terengganu dan Kelantan


Pada 19/01/2016

Sesi mesyuarat kali pertama telah diadakan. Kami bertiga iaitu Aku,Nasir dan Ayub telah membuat satu kira-kira akan segala hal baik dari segi budget,keselamatan,tempat tinggal,barang keperluan dan sebagainya ape yang perlu didalam kayuhan nanti.

Oleh hal sedemikian, Kami sepakat untuk menetapkan tarikh kayuhan pada 14/04/2016 iaitu pada hari Khamis..Asalnya kami bercadang untuk membuat kayuhan di awal bulan Mac...Tetapi memandangkan keadaan malaysia sedang mengalami keadaan perubahan cuaca yang amat panas,kami sepakat untuk menangguhkan dahulu projek kayuhan terbabit dan tarikh 14/04/2016 telah dipilih sebagai tarikh baru. Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti ape yang kami rancangkan ini,InsyaAllah...

Dalam sesi pertemuan ini juga, Kami telah berbincang kan reka bentuk jersey yag bakal kami gunakan dalam kayuhan terbabit.

Walaupun kayuhan kami ini hanyalah kayuhan santai..tetapi memandangkan jarak kayuhan yang agak panjang,kami memutuskan untuk membuat sedikit latihan pada setiap minggu sebelum projek berbermula.

Syukur Alhamdulillah,kami mendapat penajaan dari beberapa orang yang sentiasa menyokong akan projek kami ini. Terima kasih kepada semua penyumbang.

Bersambung pada mesyuarat seterusnya.....

Projek Jelajah Dua Negeri Kuala Terengganu dan Kota Bharu Kelantan

Jelajah Dua Negeri Terengganu Dan Kelantan


Tarikh : 14/04/2016-15/04/2016
Masa  : 0700 pagi
Penyertaan : saudara :  Ayub Bin Abdullah selaku Ketua Projek
                                        Mohd Azimi Bin Ariffin selaku Fasilitator
                                        Nasir Bin Mohammad selaku Bendahari  
Tempat Berkumpul : Masjid Sultan Ismail Kg.Raja Chendering.


Meliputi 2 Negeri iaitu Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Bermula di Kuala Terengganu melalui Jalan pantai Melalui Merang,seterusnya ke Penarik dan Menuju ke Kg. Raja Besut, Melalui Jambatan Tok Bali seterusnya ke Bachok melalui Gunung dan menuju Pasir Tumboh dan seterusnya ke pusat bandar Kota Bharu.
Format kembara : Terbahagi kepada 2 sesi selama dua (2) hari dan satu (I)malam. Jarak keseluruhan lebih kurang 400 km, sesi hari pertama perjalanan sejauh 200 km dan sesi patah balik ke Kuala Terengganudi hari kedua juga sejauh 200 km.
                               


Jadual Perjalanan:
Hari Pertama (14/04/2016, Khamis)


ATUCARA PROGRAM :

07.00 pagi(khamis)

Sarapan pagi,senaman ringkas.
Bermula kayuhan di Chendering sebagai tempat bermula dan berakhir
Bacaan doa(dr saudara MOhd Nasir)
Bermula kayuhan......

Check Point Yang pertama
Rhu 10 Setiu ( 1jam)
Berehat,makan n solat. membaiki kelengkapan basikal supaya berada dalam keadaan baik
sesi bergambar

meneruskan perjalanan ke destinasi.
Behenti pada masjid yang berada di sekitar jalan
solat.minum dan berehat

Check point yang kedua
Jerteh
Berehat,makan n solat membaiki kelengkapan basikal supaya dalam keadaan keadaan baik
sesi bergambar


Kota Bharu
Hari Kedua (15/04/2016, Jumaat)
 
Dijangka Tiba pada sekitar Jam 7.00 mlm
Check in Hotel
Berehat, makan  mlm, solat dan memperbaiki kelengkapan basikal
melihat keindahan bandar kota bharu dikala malam
sesi bergambar



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat
Pagi
Sarapan pagi di kopitiam kita
balik hotel.kemaskan barang untuk check out
persiapan untuk patah balik ke terengganu
sesi bergambar

Check point pertama
Mencari balai polis berdekatan untuk menyimpan basikal utk berehat dan solat jumaat.
makan tghari
meneruskan perjalanan.
sesi bergambar





Check Point Kedua

Pantai Rhu 10 Penarik
Berehat,makan dan membaiki kelengkapan basikal
sesi bergambar
meneruskan perjalanan

Dijangka tiba ke Kuala terengganu

Pada Jam 7.00 Malam
Sesi Bergambar
sesi mengupload video dan semua gambar.

Peralatan Yang akan dibawa semasa Jelajah

1. Lampu Picit, Pin Rantai
2.Lampu di handle Basikal
3.Lampu keselamatan(merah biru atau putih berkelip)
4.Lampu di lengan
5.Jaket keselamatan
6.Bekalan air
7.Tiub dan Tayar Basikal spare.
8.Pump,First Aid
9.Pakaian secukupnya.
10.Makanan Tenaga



Peta dan masa perjalanan cuma anggaran sahaja. Perubahan drastik mungkin dilakukan sekiranya perlu.

Bersambung.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...