- Penyelia Non-Revenew Water AKSB, Mohd Azly Azwan Mohd Zahari menunjukkan meter air yang hilang dicuri di Taman SPP Berangan.
TUMPAT - Sasaran pencuri bukan sahaja kabel telefon dan elektrik,
tetapi meter air turut menjadi sasaran terbaharu apabila 2,000 unit
meter air milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dilaporkan dicuri sepanjang
tahun lalu.
Ketua Jabatan Perniagaan dan Korporat AKSB Kelantan, Mohammad Ibrahim berkata, dari Januari hingga November tahun lalu, dilaporkan 2,000 unit meter air dicuri di seluruh negeri ini.
“Kota Bharu mencatatkan kes paling tinggi berbanding di daerah lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelas Mohammad, AKSB terpaksa menanggung kerugian hampir RM140,000 dan meter air yang dicuri itu perlu diganti semula selepas penduduk membuat aduan.
Katanya, pembaziran air juga akan berlaku jika kes kecurian meter air tidak disedari orang ramai terutamanya di kawasan terpencil dan perumahan yang belum diduduki.
Menurutnya, pihak AKSB memohon kerjasama pengguna supaya membeli kunci meter terutamanya di kawasan hitam yang kerap berlaku kecurian meter air.
“Ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana masalah kecurian meter air ini akan memberi kesan kepada semua, bukan saja kepada AKSB, tetapi pengguna sendiri yang terpaksa menghadapi gangguan bekalan air seketika,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya memohon kerjasama polis supaya sentiasa pantau kedai barangan lusuh agar tidak membeli logam dari meter air.
Sementara itu, bagi daerah ini dilaporkan sebanyak 91 unit meter air dicuri bagi tempoh Januari lalu hingga semalam.
Ketua Operasi Jajahan AKSB Tumpat, Amran Che Ghani berkata, daripada jumlah itu, 68 unit meter air dicuri di Taman Perumahan SPP, Berangan, di sini.
“Ia agak serius apabila satu blok perumahan yang belum diduduki menjadi sasaran pencuri meter air.
“Saya amat mengharapkan kerjasama daripada penduduk supaya peka dan membuat laporan sekiranya didatangi individu yang mencurigakan di kawasan kediaman masing-masing,” katanya.

Pembeli ada pakatan dengan sapa-sapa tak? Sapa2 tu ... hal masyuuuukkkk.... Kalau tidak tak kan pencuri begitu berani. Kedai besi buruklah sasaran untuk menjual. Kedai ni pulak diberi perlindungan oleh ... ya ... agak-agak siapa?
ReplyDeleteOh .. terlupa... saya boleh disiasat di: http://emjay-freedom.blogspot.com/p/home.html.
Delete