Monday, 27 October 2014

Kenapa Dikawasan Rel Keretapi Banyak Batu Kerikil?

Jika anda amati di sepanjang landasan kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada kanan dan kiri rel kereta api.

Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya?

Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya.

Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas.

Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...