Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation
Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini
biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan
runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer,
lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation
Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini
biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan
runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer,
lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Tapi : Perlu kereta segera
Apabila
disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh
dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat
sampai RM55k-60k
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Street Learner
*
Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk
menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai
mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan
matematiknya
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Masalah
biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk
pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya
dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita
panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Kumpul
RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment
HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua
Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank
sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop
serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000
boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya
kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib
pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih
berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh
dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap
pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah
dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga.
Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak
tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren
kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana
kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda
City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI
walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat
tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang
menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar
bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita
laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk
melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak
Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga
(selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi
pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau
Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan
dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan
diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi
shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik
seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai
perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari
The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Untuk
kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan
dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau
dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Ok,
asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi
selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV
terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai
maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang
beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV
dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang,
Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600
sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah
Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada
cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian
RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan
prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah,
nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the
money work for you.
Kita
tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma
perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta
cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih
terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya
secara TUNAI.
Boleh
cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus
mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya
belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang
lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata,
kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda
dahulu lagi.
Jaguar
S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu
berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap
lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai
RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya
kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar
baru dan 2nd hand pun.
Beli
kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri
dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang
kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal
perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya
kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta
tunai.
Sekian
tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya
pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK
MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu
statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan
negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu
pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan
(past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu
tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk
tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".
Selamat mencuba.
Sila
share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda
tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua