Monday 4 March 2013

VIDEO TERKINI OPS LAHAD DATU




Berita terkini tentera ATM serang penceroboh Sulu di Kampung Tanduo. Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini. Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Update 9.35 Pagi: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
tanduo

Update 10.01 pagi : Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Update 10.22 Pagi: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.

Update 10.34 pagi: Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Imej-jet-pejuang.jpg

Update 10.46 Pagi: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.
Update 11.24 Pagi: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut. Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...