Tuesday 5 March 2013

PENCEROBOH MAHU BERPERANG DI LAHAD DATU SABAH



Penceroboh tetap mahu berperang di kampung Tanduo Lahad Datu Sabah. Menurut ketua kumpulan penceroboh tersebut, mereka sanggup berjuang hingga mati untuk mengambil semula hak mereka daripada pulang ke tanah sendiri. Antara tuntutan adalah mengambil semula Sabah sebagai hak milik kesultanan Sulu. Kerajaan Filipina yang menghantar misi kapal kemanusiaan untuk mengambil tentera tersebut terpaksa meminta kerajaan Malaysia melanjutkan pengusiran tersebut.
penceroboh sabah
Hari ini merupakan hari terakhir permintaan Menteri Luar Filipina, Albert Del Rasario kepada kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan di Kampung Tanduo.
Tiada lagi rundingan dan tindakan undang-undang akan diambil keatas penceroboh tersebut kerana mencemari kedaulatan negara. Kampung Tandou kini telah dikepung dan tindakan lanjut akan diambil pada bila-bila masa sahaja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...