Sunday, 18 January 2015

Indonesia Turunkan Harga Minyak, Harga Tambang Bas dan Teksi Ikut Turun.



JAKARTA: Penurunan harga minyak yang telah di umumkan oleh pemerintah Indonesia berkuatkuasa isnin ini telah betu-betul memberi satu berita baik kepada penduduknya apabila dikatakan seiring dengan penurunan harga minyak itu, tambang pengankutan awam di negara terebut turut turun.

Tidak seperti di negara kita kerana penurunan harga minyak masih tidak membari kesan terhadap harga barang dan tambang kenderaan awam, kerana masih belum terdengar sebarang penurunan berikutan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Penurunan itu akan melibatkan bas awam dan teksi di Indonesia yang akan diselaraskan dengan kadar baharu harga bahan bakar.

Menurut jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, operator bas terkenal, Metro Mini dan Kopaja Kompak selain teksi bermeter pada Sabtu bersetuju untuk mengurangkan tambang terhadap penumpang mereka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...