Berita terkini gambar Pekan Kuala Krai Kelantan sudah dilanda musim suhu
sejuk mulai 17 Januari 2015. Menerusi pengguna laman sosial yang
menetap di Kuala Krai, suhu sejuk purata dari 17 sehingga 19 darjah
celcius direkodkan pada awal pagi sabtu. Menurut penduduk lagi, Kuala
Krai kini sejuk seperti di kawasan peranginan Genting Highland dimana
kabus mula melitupi daerah tersebut. Seperti sedia maklum, punca
fenomena sejuk terutamanya di Pantai Timur Semenangjung Malaysia berlaku
susulan cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara
bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan
membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke
negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua