Terbaru, seorang lelaki menjadi mangsa penipuan licik seorang warga asing. Ikuti pendedahan beliau di bawah:
AWAS! TAKTIK BUANG DUIT DI TAYAR BELAKANG!
Untuk makluman dan sebagai peringatan kepada orang ramai.
Pada jam 12.25 tengah hari tadi, saya mengeluarkan duit di Maybank Seri Rampai. Apabila masuk ke dalam kereta untuk hidupkan enjin, tiba-tiba seorang perempuan yang berwajah seperti warga Iran mengetuk cermin dengan kuat. Dia menunjukkan duit yang berterabur di bahagian tayar belakang kanan.
Apabila saya keluar untuk melihat ke arah yang dimaksudkannya sambil membongkok, pada masa itulah seorang lelaki Arab terus membuka pintu kiri bahagian penumpang hadapan kereta dan terus melarikan beg saya yang berisi duit bagi membayar gaji pekerja.
Mohon berhati-hati. Sebarkan kepada rakan-rakan anda agar mereka tidak menjadi mangsa kepada manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua