Berikutan dari kisah Astro Black Out Satu Malaysia, Astro tampil secara terbuka memohon maaf kepada semua pelanggannya.
Pelangan Astro yang dihargai,
Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada
pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran
termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan
tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.
Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami
menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api
berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya
dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba
pada pukul 7.30 malam.
Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran
saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan
kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30
malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG
dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat
panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.
Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.
Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan
perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai
tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati
oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan
Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari
Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00
tengah malam.
Walaubagaimanapun, ramai pelanggan yang masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.