Tuesday, 22 October 2013

KEPUTUSAN RASMI ISU AGAMA KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH 14 OKTOBER 2013

Keputusan rasmi isu agama Kristian guna kalimah Allah pada 14 Oktober 2013. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali. Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

kalimah

Kronologi Peristiwa Isu Kalimah Allah

16 Februari 2010: Gereja memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

31 Disember 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal. Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

22 Ogos 2013: Gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.

14 Oktober 2013: Keputusan rasmi makhamah rayuan tidak membenarkan agama Kristian menggunakan Kalimah Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...