HUJAN METEOR
Ruang angkasa Malaysia akan dapat dilihat hujan meteor malam ni.
Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara malam ini sehingga subuh esok.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Katanya, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula pukul 11 malam. -
dipetik dari Kosmo.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua