SUDAH terlalu banyak aduan dibuat. Sekian banyak laporan mengenainya dipaparkan menerusi media. Orang ramai juga sudah tidak berupaya menggeleng kepala dan mengeluh namun semuanya seperti mencurah air di daun keladi.
Isunya ialah tentang kualiti jalan raya di Lembah Klang terutama di ibu negara. Entah mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kualiti jalan raya kita merudum.
Banyak jalan raya mengalami kerosakan. Berlubang, lekuk, terbonjol, tidak rata atau compang- camping dan tidak diselenggara dengan baik.
Susurilah jalan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, sebahagian Shah Alam dan banyak lagi kawasan di Lembah Klang, anda boleh nilai sendiri keadaannya. Itu belum mengambil kira jalan di sekitar taman-taman perumahan, yang lebih menjengkelkan.
Bukan sedikit kes nahas motosikal akibat jalan rosak dan berlubang. Bukan kecil juga tekanan yang dihadapi oleh orang ramai. Ini termasuk kos penyelenggaraan untuk kenderaan semakin tinggi kerana asyik mengalami hentakan kuat.
Isu kualiti jalan ini sudah menjadi bahan momokan dan sinikal orang ramai. Sampai ada yang berkempen gunakan sahaja kenderaan pacuan empat roda di Lembah Klang, pasti perasaan anda lebih tenang.
Agaknya kita lebih suka mendongak di atas (bangunan pencakar langit) tetapi mengabaikan di bawah (hal-hal yang lebih asas). Sedangkan untuk melihat kehebatan sesebuah bandar raya, lihatlah dahulu jalan rayanya. Itu juga cerminan imej sesebuah negara.
Bukan itu sahaja, ramai yang membuat perbandingan kualiti jalan kita dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang kini jauh lebih baik. Suatu ketika dulu, kualiti jalan raya Malaysia menjadi contoh bagi banyak negara serantau.
Yang lebih menjadi persoalan ialah kerja-kerja penurapan semula jalan oleh kontraktor. Biasanya tidak sempurna, seolah-olah seperti tiada pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Lalu tersemat banyak soalan di kepala Awang. Apa yang tidak kena, mengapa jadi begitu, apakah kita sudah tidak tahu menurap permukaan jalan setelah setengah abad merdeka dan apakah kita tidak lagi cekap mengurus jalan raya?
Apakah ada unsur rasuah, mungkinkah PBT mengambil mudah aspek kualiti jalan di laluan rakyat dan hanya mengutamakan lalu VIP atau orang kenamaan?
Berapa banyak pula wang yang telah dihabiskan hanya untuk melakukan kerja-kerja penurapan yang sama dan berulang kali di tempat yang kerap rosak jalan rayanya?
Apakah ada konspirasi pihak tertentu dalam PBT dengan kontraktor jalan raya untuk sengaja menurap jalan secara sambil lewa agar dapat melakukannya banyak kali dan mengaut untung berlebihan?
Bagaimana pula penguatkuasaan kita sehingga lori simen boleh berulang kali mengotorkan jalan dengan limpahan bancuhan simen? Agak aneh jika PBT tidak efisien, sedangkan mereka amat proaktif dalam mengutip cukai dan mengenakan kompaun. Lagi persoalan yang berlegar, apa yang pihak berkenaan termasuk Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis lakukan? Tidakkah mereka sensitif kepada persekitaran? Sedarkah bahawa PBT yang sebenarnya merosakkan imej kerajaan di mata rakyat.
Inilah juga soalan-soalan yang spontan keluar daripada mulut orang ramai, yang sangat kecewa dengan kisah kualiti jalan raya di Lembah Klang. Di sebalik kesungguhan untuk menjadi negara maju, kualiti jalan raya kita hanya bertaraf kelas tiga. Itulah realitinya.
dipetik dari akhbar utusan....
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd
ERmmm..Berkait artikel utusan,kini masalah kualiti jalanraya bukan hanya teruk di lembah klang sahaja,tetapi telah meliputi seluruh negara.
Dimanakah kesilapannya.???PBT atau Pengguna?
Dimana Hak pengguna?kadangkala kemalangan berlaku adalah disebabkan keadaan permukaan jalanraya yang amat menyedihkan,Berlubang disana sini..dan keadaan permukaan jalan yang hanya tinggal batu sahaja..TARnya sudah lama hilang dek proses luluhawa.
Selain dari itu. Kehadiran kenderaan berat yang membawa muatan yang lebih juga merupakan salah satu faktor kerosakan permukaan jalan.
Dengan keadaan kualti tar yang kurang bermutu,maka tarnya cepat hilang.
Bilakah PBT akan menangani akan masalah yang sering membelengu ramai rakyat malaysia kini.
Harapan akan ada jalan peneyelesaiannya.
Monday, 30 September 2013
Wednesday, 25 September 2013
PM ucap takziah kepada keluarga Azizan
"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," kata perdana menteri dalam laman Twitternya.
Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi HSB.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang. - Bernama
Dipetik Dari Sinar Harian...
Wednesday, 18 September 2013
MUET- JOM SEMAK
Semakan keputusan MUET sesi Julai 2013 secara online. Menerusi laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, tarikh rasmi keputusan MUET bagi sesi Julai akan dikeluarkan mulai 19 September 2013 bersamaan hari Khamis. Calon juga boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.
Cara Semakan MUET Sesi Julai 2013 Semakan Guna SMS
Calon boleh buat semakan guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013.
Cara Semakan MUET Julai 2013 Online
Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi.
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.
Tarikh Tutup Rayuan Semak Semula
Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 September
Tuesday, 17 September 2013
JADUAL WAKTU PENERBANGAN PENEMPATAN GURU JQAF 2013
Jadual waktu penerbangan penempatan guru J-QAF bagi tahun 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan jadual penerbangan rasmi mengikut kumpulan khas kepada calon yang telah mendapat tempat dalam penempatan Guru J-QAF ambilan 2012 bagi tahun 2013. Berikut adalah lampiran tersebut.
JADUAL PENERBANGAN PENEMPATAN GURU j-QAF AMBILAN 2012 BAGI TAHUN 2013
Jadual penerbangan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan, danpendaftaran (check in) Hotel Sama-Sama KLIA.
- 17 SEPT 2013 KE SABAH KUMPULAN 1.pdf
- 17 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 1.pdf
- 17 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 2.pdf
- 18 SEPT 2013 KE SABAH KUMPULAN 1.pdf
- 18 SEPT 2013 KE SABAH KUMPULAN 2.pdf
- 18 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 1.pdf
- 18 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 2.pdf
- 19 SEPT 2013 KE LABUAN.pdf
- 19 SEPT 2013 KE SABAH KUMPULAN 1.pdf
- 19 SEPT 2013 KE SABAH KUMPULAN 2.pdf
- 19 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 1.pdf
- 19 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 2.pdf
- 19 SEPT 2013 KE SARAWAK KUMPULAN 3.pd
Monday, 16 September 2013
POLIS TEMBAK ISTERI DAN BAPA MERTUA
Lans Korporal Fadzli Omar merupakan polis yang tembak isteri dan bapa mertua sebelum bunuh diri. Terkini, suspek tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik. Suspek didakwa menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergi ke rumah mertua di Jalan Ja’amat.
Suspek turut menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri. Kejadian yang berlaku 7.30 malam Sabtu ketika seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri.
Gambar Lans Korporal Fadzli Omar
Laporan Kejadian
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer. Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.
Video Laporan Kes Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua
Gambar Kejadian Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri
Monday, 9 September 2013
Perkembangan Otak Bayi hingga matang
Salam Buat semua Ibu-ibu.
Setiap perkahwinan yang dibina pastinya inginkan kehadiran anak-anak yang comel-comel yang dapat memenuhi ruang-ruang yang kosong didalam alam rumahtangga
Terbukti dengan kehadiran anak-anak didalam sebuah keluarga dapat membuatkan sesebuah keluarga itu penuh dengan keceriaan.
Anak-anak itulah sendiri pengubat bagi segala penat lelah setelah seharian bekerja.
Sejak dari bayi sehinggalah anak tersebut mencapai peringkat dewasa, anak-anak kita belajar bermula dengan persekitaran sekeliling.
Oleh sebab itu, penjagaan pemakanan adalah suatu yang amat penting didalam perkembangan pertumbuhan anak-anak seawal usia.
Otak bayi akan mula berfungsi seawal dilahirkan. Tahukah anda berapakah size otak manusia sehingga menjadi matang?
Penjagaan amatlah penting untuk memastikan anak-anak kita mendapat khasiat yang terbaik.
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak beliau berjaya mendaptkan kesihatan yang terbaik sejak diawal usia lagi...
disini saya gambarkan beberapa gambaran otak manusia sejak di lahirkan.
Keluarga Bahagia sekiranya anak-anak bersama-sama kita......
Saturday, 7 September 2013
MANUSIA PERTAMA KE BULAN-MENINGGAL
Neil Armsrong angkasawan pertama pergi ke bulan meninggal Dunia akibat Sakit jantung. Perkara ini disahkan oleh media Amerika Syarikat pada hari ini.
Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. beliau Beliau terkenal dengan selepas jadi orang pertama yang jejakkan kaki di permukaan bulan.
Wednesday, 4 September 2013
7 KATA-KATA BILL GATES TENTANG KAYA DAN BODOH
Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc.., Adalah orang-orang Bodoh yang kaya. Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung harap pada orang bodoh. Anda tahukah ape kelebihan orang bodoh nie??? hrmm..
1. Orang bodoh sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersenang lenang mencari apa saja pekerjaan untuk sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja
2. Orang bodoh selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk mengikut kehendak orang bodoh.
3. Orang pintar berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. Orang bodoh berfikir mendapatkan wang untuk membayar gaji dan ijazah orang pintar.
4. Orang bodoh tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.
5. Orang bodoh hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang pintar berfikir panjang untuk kejayaan bosnya orang b0doh
6. Waktu bisnes orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat bonus, sementara orang bodoh menghabiskan waktu bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.
7. Mata orang bodoh akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari perkerjaan dan pangkat dari orang bodoh.
Tuesday, 3 September 2013
MAT KILAU PAHLAWAN NEGARA
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.
Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.
Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.
Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
![]() |
Mat Kilau Mandi Embun |
Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
![]() |
Gambar semasa mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau |
Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.
Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.
PUNCA SEBENAR PETROL RON95 DAN DIESEL NAIK HARGA
Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.
Kadar Kenaikan Harga 20 Sen
Minyak petrol RON95: RM2.10 seliter
Diesel : RM2.00 seliter
Punca Petrol RON 95 Dan Diesel Naik Harga Lagi
Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Subscribe to:
Posts (Atom)