Wednesday 6 April 2016

Sambungan....Projek Berbasikal Antara Negeri Terengganu dan Kelantan

Sambungan....Projek Berbasikal Antara Negeri Terengganu dan Kelantan


Pada 19/01/2016

Sesi mesyuarat kali pertama telah diadakan. Kami bertiga iaitu Aku,Nasir dan Ayub telah membuat satu kira-kira akan segala hal baik dari segi budget,keselamatan,tempat tinggal,barang keperluan dan sebagainya ape yang perlu didalam kayuhan nanti.

Oleh hal sedemikian, Kami sepakat untuk menetapkan tarikh kayuhan pada 14/04/2016 iaitu pada hari Khamis..Asalnya kami bercadang untuk membuat kayuhan di awal bulan Mac...Tetapi memandangkan keadaan malaysia sedang mengalami keadaan perubahan cuaca yang amat panas,kami sepakat untuk menangguhkan dahulu projek kayuhan terbabit dan tarikh 14/04/2016 telah dipilih sebagai tarikh baru. Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti ape yang kami rancangkan ini,InsyaAllah...

Dalam sesi pertemuan ini juga, Kami telah berbincang kan reka bentuk jersey yag bakal kami gunakan dalam kayuhan terbabit.

Walaupun kayuhan kami ini hanyalah kayuhan santai..tetapi memandangkan jarak kayuhan yang agak panjang,kami memutuskan untuk membuat sedikit latihan pada setiap minggu sebelum projek berbermula.

Syukur Alhamdulillah,kami mendapat penajaan dari beberapa orang yang sentiasa menyokong akan projek kami ini. Terima kasih kepada semua penyumbang.

Bersambung pada mesyuarat seterusnya.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...