Tuesday 21 April 2015

Asal Usul Tumpat,Kelantan










Sejarah Asal Silloh Tumpat ( Sila Baca Molek dan Fahami Molek )

Tumpat terletak 22.5 kilometer di barat laut Kota Bharu. Tumpat bermaksud tammat atau penyudah sesuatu tetapi bagi perkataan Melayu, tumpat juga bermakna suatu ruang kosong yang penuh terisi. Mengikut cerita orang-orang lama/tua, Tumpat telah terbina sejak 190 tahun yang lalu. Barang keperluan terpaksa dibawa dari Kota Bharu tanpa jalan perhubungan yang sempurna dan apa-apa jua keperluan yang ingin dibawa keluar terpaksa menggunakan sampan. Pelabuhan ini semakin sibuk apabila pada awal kurun pemerintahan British membawa beberapa pembaharuan yang membolehkan pengangkutan lebih besar keluar masuk.

Sebelum ini hanya pengangkutan antara 300 dan 400 tan yang mampu berlabuh tetapi setelah itu lebih banyak pengangkutan dapat singgah sebelum meneruskan perjalanan ke pelabuhan Singapura. Ketua pelabuhan yang pertama ialah William Kerr seorang pegawai Inggeris dalam Perkhidmatan Awam Siam yang ditempatkan di Kelantan sebelum tahun 1909 yang datang dari Bangkok.Potret beliau telah digantung pada dinding Kelab Tumpat. Tumpat mempunyai 5 buah pulau kecil iaitu Tanjong Dato, Tanjong Pak Jah, Tanjong Che Mas, Tanjung Che Tahir dan Tanjung Rulah yang terletak di kawasan Kuala Sungai Kelantan di sebelah barat. Setiap satunya terletak berdekatan antara satu sama lain.

 

Sunday 5 April 2015

Kronologi Nahas Helikopter di Semenyih...


Kronologi Nahas Helikopter di Semenyih...


Nahas Helikopter Terhempas




HELIKOPTER jenis Eurocopter Dauphin AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, Semenyih. 



BAHAGIAN kipas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, Semenyih.

  »
KEADAAN bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih. Nahas berkenaan mengakibatkan enam terkorban termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...