Monday 6 June 2016

Pengalaman itu tidak boleh dibeli


Bila ada minat,Kesungguhan pasti akan tiba....Hanya perancangan dan selebihnya ada Tawakka; kepada yang Esa.
Begitulah kami..3 anak Kampung yang berkawan sejak dibangku sekolah menengah sehingga kini.Uhkwah yang terjalin ini sukar di cari ganti,mempunyai minat yang sama,kesungguhan yang sama dan tekad yang sama.
Segala-galanya bermula di sebuah restoran,sambil kami menjamu selera kami bersembang akan segala aspek..Tiba2 timbul cadagan untuk membuat satu kayuhan santai jarak jauh dalam mempertingkatkan lagi stamina didalam kayuhan berbasikal kelab kami.
Bermula pada awal januari, hamba dilantik sebagai koodinator program. Maka hamba cepat-cepat untuk menyiapkan satu kertas kerja akan program berkenaan. Segalanya hamba coretkan didalam kertas kerja dimana kami akan bermula,bila tarikh mula dan sebaginyalah. Dari segi Logistik dan Pengangkutan sekiranya terdapat masalah semasa projek berjalan.
Satu mesyuarat telah diadakan untuk membentangkan kertas kerja yang telah dicoretkan..Syukur Alhamdulillah semua ahli bersetuju dengan tarikh dan masa yang ditetapkan.So,kami sepakat untuk mencari penaja atau sumbangan dari pelbagai pihak.
Syukur Alhamdulillah adalah beberapa orang yang iklhas menaja program kami ini. Terima kasih diucapkan.
Jadual latihan telah kami ditetapkan, pada setiap minggu boleh dikatakan kami membuat latihan segala bukit kami redahi bagi menguatkan stamina...
14/04/2016 tarikh bermula kayuhan yang kami pilih. dalam bulan ini,keadaan cuaca teramatlah extrim,dengan suhu memcecah 34 darjah celcius..bakal merupakan cabaran bagi kami. tetapi,segala perancangan telah kami buat di awal bulan januari lalu, tetap teruskan jua program ini. Cabaran bahang panas amatlah meneritkan kayuhan kami nanti.



Awal pagi 14/4/2016- kami mulakan kayuhan dengan sedikit bacaan doa(semoga perjalanan kami lancar dan selamat)

 Hentian pertama kami di sebuah restoran di lembah bidong sempadan Kuala Nerus dan setiu. Kami bersarapan pagi disini..Dari Chenderring ke sini,kami hanya mengambil masa hanya 1 jam dengan jarak 43km..cuaca pada masa ini,masih redup dan nyaman.
Kami berehat dan mengembalikan tenaga bagi meneruskan misi kayuhan kami ini.

Kayuhan diteruskan dengan cuaca yang mula membahang,semangat masih kuat ketika ini,hihihi
  Behenti rehat di tepi jalan..Cuaca teramatlah panas ketika ini.Kami mencari kedai makan utntuk mengisi perut. Nah,inilah menu tengahari kami.
Tambah tenaga ler..hihihi...

Berehat bila dah kenyang. Nampak muka keletihan disebabkan cuaca yang membahang.
 sekadar menghiburkan hati,apabila keletihan..hihihih
 Mengisi angin di penarik setiu

Berehat sekejap setelah menempuh kayuhan yang panjang dari penarik menuju ke Kg. Raja Besut.
Behenti untuk Solat Zohor di Tembila.

pekena air kelapa lu di pekan Kuala Besut..Nampak wajah-wajah sudah kehabisan tenaga..hanya semangat yang kental ketika ini.
Hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi untuk kami sampai ke Kota Bharu. Ketika ini bateri phone dah mula lemah..Jadinya,kene simpan la untuk hal-hal kecemasan

Selepas berehat,kami meneruskan kayuhan untuk ke Kota Bharu. Kami akan menginap di cRown Garden Hotel untuk semalam dan akan mulakan kayuhan balik pada keesokanya.
Kayuh dan terus kayuh..akhirnya..

   Kami sampai ke Hotel cRown Garden Kota Bharu jua akhirnya..tu jarak yang kami perolehi...Alhamdulillah pihak hotel bagi kami bilik yang agak besar. Terima kasih Crown Garden...penat,puas hati dan masa untuk mencari makan.Kami tidur dalam keletihan..hahhaha.
 makan pagi di hotel cRown Garden kota bharu..ringan-ringan dulu.
 selesai sarapan pagi..kami besiap untuk patah balik ke kuala terengganu..Nampak Ceria lagi di pagi hari ini. Basikal pun kami masukkan sampai ke bilik, ini adalah kerana pihak hotel tiada tempat yang sesuai untuk kami letakkan basikal....jadinya basikal dan tuan tidur sekali la sebilik..
JOm kayuh lagi...kayuh dan trus kayuh..

 Dapatlah kami semua masuk sinar harian ..terima kasih sinar harian kerana sudi menyiarkan kisah kayuhan kami ini.
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...