Saturday 24 January 2015

Asteriod Bersaiz 500meter diameter Dijangka Hampiri Bumi pada Selasa



KUALA LUMPUR: Asteroid 2004 BL86 bersaiz 500 meter diameter (0.5 kilometer) yang menghampiri Bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada Selasa depan.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia dijangka muncul pada jam 12.20 tengah malam, hari terbabit.
Katanya, jarak asteroid berkenaan dari bumi ketika itu dianggarkan sejauh 1.2 juta kilometer atau kira-kira tiga kali jarak bumi ke bulan.
"Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi.


"Pada 26 dan 27 Januari ini, kecerahan Asteroid 2004 BL86 adalah dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420 kilometer sejam," katanya.
Kata kenyataan itu lagi, asteroid berkenaan telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Januari 2004.
"Penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan Bumi sehingga tahun 2027.
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada Bumi. menurut kenyataan itu," katanya.
Bagi mereka yang ingin mencerap, boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh dari pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.
LALUAN Asteroid 2004 BL86 bersaiz 500 meter diameter (0.5 kilometer) yang akan melintasi bumi. - Foto Softnet

Kisah Benar: Rezeki Dari Allah Di Stesen Minyak Petron



Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Punca Dilarang Letak Air Tin Dalam Peti Ais Tempat Beku Terjawap





Tolong ingatkan adik-adik kita, bukan setakat memanaskan air tin tetapi membekukannya pun tidak boleh.Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.

 Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.

P/S: Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.

Sunday 18 January 2015

lawak petang







 lawak petang

FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN

 FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN
Ustaz Sayed Hasan Alatas
http://www.shiar-islam.com

“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193)

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut dan menjelaskan berkenaan fitnah: Sila rujuk Al-Quranul Karim: 2:191, 2:193, 2:217, 3:7, 4:91, 5:41, 6:23, 7:155, 8:25, 8:28, 8:39, 8:73, 9:47, 9:49, 17:60, 21:35, 21: 111, 22:53, 24:63, 25:20, 29:10, 35:14, 37:63, 39:49, 54:27, 60:5, 64:15, 74:31.

Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina.
Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)

Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)

Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani)

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105)

Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159)
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103)

Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia.

Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.”

Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam.

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya.

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.”

Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.”

Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W..

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari.

Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3)

Semoga Allah S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Perodua Lancar Model Myvi Baharu Hari Ini



KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua Myvi yang ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.

Mengikut Perodua, naik taraf Myvi, model paling popular Malaysia sejak sembilan tahun lalu dibuat selepas kajian menyeluruh untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan.

Antara kemasan terkini pada Myvi baharu yang dilancarkan di sini hari ini ialah perumah lampu projektor serta dilengkapi pengesan membelok depan, sekali gus meningkatkan lagi ciri keselamatannya.

Ruang dalamannya pula dilengkapi cangkuk antiragut untuk memudahkan wanita meletak beg tangan, tempat meletak minuman pada bahagian papan pemuka dan sistem multimedia dengan navigasi serta kamera mengundur.

Myvi ditawarkan dalam dua warna baharu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan kepada warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

PUNCA RESEPI RAHSIA KESEDAPAN IKAN BILIS YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU TERBONGKAR AKHIRNYA

Selalu beli ikan bilis? Pelbagai gred? Tetapi rasanya sama, tetap sedap dan enak apabila masuk ke dalam mulut. Tetapi kita tidak tahu process packaging ikan bilis yang sebenar.

Gambar-gambar ini mula tersebar di laman sosial. Bukan gambar diedit menggunakan photoshop, ini sememangnya gambar yang asli. Inilah rahsia kesedapan ikan bilis yang anda tidak pernah tahu!





Berita Terkini Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk Januari 2015

Berita terkini gambar Pekan Kuala Krai Kelantan sudah dilanda musim suhu sejuk mulai 17 Januari 2015. Menerusi pengguna laman sosial yang menetap di Kuala Krai, suhu sejuk purata dari 17 sehingga 19 darjah celcius direkodkan pada awal pagi sabtu. Menurut penduduk lagi, Kuala Krai kini sejuk seperti di kawasan peranginan Genting Highland dimana kabus mula melitupi daerah tersebut. Seperti sedia maklum, punca fenomena sejuk terutamanya di Pantai Timur Semenangjung Malaysia berlaku susulan cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia


 
 
 Gambar Kuala Krai Kelantan Dilanda Suhu Sejuk Januari 2015



 
 

Indonesia Turunkan Harga Minyak, Harga Tambang Bas dan Teksi Ikut Turun.



JAKARTA: Penurunan harga minyak yang telah di umumkan oleh pemerintah Indonesia berkuatkuasa isnin ini telah betu-betul memberi satu berita baik kepada penduduknya apabila dikatakan seiring dengan penurunan harga minyak itu, tambang pengankutan awam di negara terebut turut turun.

Tidak seperti di negara kita kerana penurunan harga minyak masih tidak membari kesan terhadap harga barang dan tambang kenderaan awam, kerana masih belum terdengar sebarang penurunan berikutan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Penurunan itu akan melibatkan bas awam dan teksi di Indonesia yang akan diselaraskan dengan kadar baharu harga bahan bakar.

Menurut jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, operator bas terkenal, Metro Mini dan Kopaja Kompak selain teksi bermeter pada Sabtu bersetuju untuk mengurangkan tambang terhadap penumpang mereka.

Punca 6 Gambar Majlis Pertunangan Angah Raja Lawak Tersebar



Pelawak terkenal, Angah Raja Lawak kini telah selamat bertunang dengan seorang gadis pilihan hatinya iaitu Ameera Asyura.

Majlis pertunangan Angah Raja Lawak telah diadakan di rumah keluarga perempuan. Majlis serba sederhana itu turut dihadiri oleh beberapa pelawak antaranya Along Jalor, Nabil dan isteri, Tauke Jambu dan ramai lagi.


 Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar majlis pertunangan Angah Raja Lawak yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. ong gedek gedek


Wednesday 14 January 2015

dividen dan bonus tabung haji 2014-2015

Tarikh dividen dan bonus Tabung Haji 2014-2015 diumumkan keluar. Berita mengenai kadar bonus tahunan dan bonus haji 2014 kini menjadi tumpuan ramai khususnya bagi pendeposit atau pencarum Tabung Haji. Untuk makluman kepada semua pendeposit, pengumuman kadar bonus Tabung Haji 2014 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dijangka akan diumumkan keluar pada hujung bulan Januari 2015. Manakala pembayaran bonus tersebut akan dikreditkan ke akaun pencarum mulai Februari 2015.
tabung-haji-bonus
Tarikh Rasmi Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2014-2015 Diumumkan
  • dijangka diumumkan keluar pada minggu ke empat bulan Januari 2015
Tarikh Pembayaran Bonus Tabung Haji 2014-2015
  • Akan diagihkan ke akaun pengguna pada Februari 2015
Kronologi Kadar Dividen Bonus Tabung Haji
  • 2014: akan diumumkan pada hujung bulan januari 2015
  • 2013: 6.0% Bonus Tahunan, 2% Bonus Haji
  • 2012: 6.5% Bonus Tahunan, 1.5% Bonus Haji
  • 2011: 6.5% Bonus Tahunan

Tuesday 13 January 2015

Kalimah Bismillah muncul di kalkulator selepas banjir

Kalimah Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim dikatakan muncul di paparan sebuah kalkulator yang ditemui pasca banjir di sini, hari ini.
Kalkulator itu dikatakan ditemui dalam keadaan rosak teruk di Kampung Kemubu, Kuala Krai. Foto seorang lelaki menun jukkan paparan kalimah itu dimuat naik dalam Facebook Sukan Star TV


 Sebahagian komuniti internet menganggap semua perkara boleh berlaku atas kehendak Tuhan tetapi ada juga yang sangsi kerana ia boleh dibuat dengan meletakkan wallpaper di belakang skrin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...