Monday 27 October 2014

Kenapa Dikawasan Rel Keretapi Banyak Batu Kerikil?

Jika anda amati di sepanjang landasan kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada kanan dan kiri rel kereta api.

Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya?

Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya.

Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas.

Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.


Monday 20 October 2014

SAINTIS TERJUMPA LABAH-LABAH SEBESAR ANAK ANJING



Seorang saintis telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam hidupnya apabila dia terjumpa seekor labah-labah bersaiz seekor anak anjing.

Piotr Naskrecki, seorang entomologist, berkata bunyi labah-labah jenis Goliath birdeater itu berjalan menyerupai bunyi derapan kaki kuda.




Saintis itu menemukan labah-labah tersebut di hutan hujan Amazon.

Monday 13 October 2014

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI


Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Tapi : Perlu kereta segera
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG

** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau

Makna-Makna Bunyi Hon Kereta

Pernah tak masa driving kadang2 kita dengar kereta yang berselisih atau belakang kita bunyikan hon.. percaya atau tidak.. setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu..

1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"

2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"

4X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu mesti cakap...

"TILAM! TILAM!.. TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!.. TILAM!"

Hahaha.. itulah Makna-makna bunyi hon kereta dan sewaktu dengannya..


Saturday 11 October 2014

LATA BERANGIN DAERAH KUALA KRAI

LATA  BERANGIN


Pertama kali berkunjung ke Air terjun Lata Berangin.
Hujung Minggu Membawa keluarga berkelah di air terjun lata berangin membawa seribu makna tersendiri..
Air terjun yang sejuk dan jauh berada di daerah Kuala Krai dan berada agak jauh dari kawasan kampung...
Air terjun yang yang masih belum tercemar kerana berada di dalam kawasan hutan simpan
Kuala Krai,
Berkunjung kesini pasti tidak merugikan,walaupon keadaan jalan masuk yang agak kecil sekiranya berselisih dengan kenderaan tiada tempat untuk menghimpit kerana belah kiri dan kanan jalan bukit dan gaung...hihihihi
Kebersihan kawasan ini agak tidak terjaga dek kerana sikap pengunjung yang suka membunag sampah bekalan mereka sesuka hati...pasti suatu hari nanti penyakit kencing tikus akan berada di kawasan ini pula..
pihak berkuasa hendaklah memantau keadaan ini..kerana aset pelancongan berada di dalam daerah anda.


TIP JIMAT MINYAK. BAYAR IKUT LITER

Masih segar kisah PETROL & 20sen dalam fikiran. Jom belajar math.
Bajet 2015, petrol TIDAK DIKENAKAN GST.

6% x rm2.10 = rm0.126

Rm0.126 + rm2.10 = rm2.226/liter (harga jika gst ke atas petrol)

Now harga petrol rm2.30/liter

# senyum

Jom cuba amalkn pengisian myk dlm jmlh liter, bkn nya ringgit.

contoh:

Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak yg msok adalh 15.7894737 liter. sedangkn nozzle hanya menyukat
sehingga 2tmpt perpuluhan shj. maknya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen myk dah untung 9.4737 liter. itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sbb itu stesen myk selalu buat program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Kesimpulannya : best kan belajar math?

Gagal math kat sekolah xpe, hidop masih panjang, teruslah belajar.

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)



Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

Tuesday 7 October 2014

SERAM!! Kisah Hantu Di White House Yang Diceritakan Sendiri Anak Bush..



WHITE House di Washington merupakan pejabat dan kediaman Presiden Amerika Syarikat. Semenjak White House mula diduduki pada tahun 1800, terdapat banyak khabar angin kisah seram menghantui Pejabat dan Kediaman Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Pada satu program perbualan yang dikendalikan oleh Jay Leno, Jenna anak kepada Presiden Bush memberitahu bahawa suasana menakutkan itu berlaku dekat pendiangan di dalam bilik tidurnya di White House.

Jenna yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang guru dan kini menjadi koresponden pendidikan untuk program televisyen Today Show berkata: "Saya mendengar suara hantu. Semasa saya sedang tidur, tiba-tiba saya mendengar muzik tahun 1920-an."

"Saya dapat mendengarnya. Saya berlari memasuki bilik kakak saya. Dia (kakaknya) seperti tidak percaya (apa yang didengarinya).

"Pada minggu berikutnya, kami tidur bersama di dalam bilik saya. Telefon kemudian berdering menyebabkan kami terjaga."

Menurutnya, mereka kemudian tidur semula tetapi bunyi muzik kedengaran dari tempat pendiangan.

"Kami melompat ke atas katil dan kemudian bertanya kepada kakitangan di tempat pendiangan.

"Kami cuba untuk menjadikannya rasional tetapi mereka (kakitangan White House) menyatakan bunyi itu kedengaran pada setiap masa," kata Jenna dalam program itu baru-baru ini.

JENNA yang ditemu bual oleh Leno dalam satu program perbualan memberitahu dia mendengar suara hantu di White House.

Jenna dan keluarganya tinggal di White House dari 2001 hingga 2009.

Namun, dia mengaku tidak pernah melihat hantu bekas Presiden AS, Abraham Lincoln yang dikatakan kerap berkeliaran di White House.

Hantu Lincoln dilaporkan berjalan di tangga tingkat dua, mengetuk pintu dan berdiri dekat beberapa buah tingkap.

Bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill turut enggan tidur di bilik Lincoln selepas dia melihat hantu bekas presiden AS itu di bilik tersebut.

Bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah menyatakan mengenai suasana menakutkan di White House semasa tinggal di kediaman tersebut semasa suaminya Bill Clinton menjadi presiden.

Hillary memberitahu program Rosie O'Donnell Show: "Anda tahu, mungkin terdapat hantu di sana (White House). Ia merupakan sebuah rumah besar yang lama dan apabila lampu tidak dipasang dan gelap, sebarang pergerakan akan mendapat perhatian anda."

Harry Truman yang pernah tinggal di White House semasa menjadi presiden pernah menulis mengenai hantu di kediaman tersebut.

"Pada pukul 4 pagi, saya terjaga kerana terdapat ketukan di pintu bilik tidur. Tidak ada sesiapa di situ (pintu).

"Celaka! Tempat ini berhantu," kata Truman.

Selain daripada itu terdapat banyak kisah-kisah seram yang berlaku di White House.

Hantu Dolley Madison, isteri kepada James Madison, sering muncul di Taman Bunga Ros yang dia ditanam. Ada juga yang dilaporkan kelibat Hantu Kucing di ruangan bawah tanah Rumah Putih yang jarang dilihat. Apabila ia muncul, ia meramalkan bencana negara. Seorang pengawal Rumah Putih melihat ia seminggu sebelum kejatuhan pasaran saham pada 1929 dan ia juga dilaporkan dilihat sebelum pembunuhan Kennedy pada tahun 1963.

Hantu Abigail Adams 'telah dilihat tergantung di dobi di Bilik Timur - dia muncul kerap semasa pentadbiran Taft dan selewat 2002 dan sering disertai dengan bau sabun dobi.

Lincoln sendiri memberitahu isterinya dia bermimpi pembunuhan sendiri tiga hari sebelum ia benar-benar berlaku. Isteri Calvin Coolidge melaporkan melihat hantu Lincoln berdiri di tetingkap Pejabat Oval, tangan tergenggam di belakangnya merenung ke luar tingkap (seperti anak perempuan Reagan melihat seorang tokoh di dalam kelibat yang sama.) Valet Franklin Roosevelt berlari menjerit dari Rumah Putih selepas melihat hantu Lincoln. Eleanor Roosevelt, Ladybird Johnson dan anak perempuan Gerald Ford Susan semua merasakan kehadiran Lincoln berhampiran perapian di Bilik Tidur Lincoln ini.

Wednesday 1 October 2014

Kesan Kenaikan Harga Minyak & Sindiran Untuk Semua

Kita diberitahu bahawa harga minyak tidak naik. Dari penjelasan rasmi ia bukan naik tetapi kerajaan mengambil semula wangnya yang selama ini menjadi subsidi.
Orang Malaysia hebat hebat tetapi hidup atas subsidi kata orang Indonesia. Jika diumumkan di Papua New Guniea harga petrol 4 kali ganda dari Malaysia pun, orang sana tidak hairan kerana mereka tidak ada kereta, baju pun tidak ada. Mungkin sama juga dengan Timor Leste.

Malam semalam menyaksikan mereka berebut sehinga ada setengah kilometer menunggu giliran isi minyak. Minyak dalam tangki juga turut susut akibat menunggu giliran. Jika tangki sebesar kapal okaylah juga agaknya save isi malam tadi. Tapi ia kerja bodoh untuk tunggu giliran lebih setengah jam untuk save sehari dua, selepas itu kena isi juga. Mungkin bagi orang kita wang yang dijimatkan yang diisi malam tadi lebih penting dari waku berjam jam, Singkatnya, wang lagi penting dari waktu.

Mampu beli kereta tetapi tidak mampu bayar minyak, ini kerana yang tidak patut miliki kereta pun ada kereta. Atau pun yang seharus guna kereta murah beli kereta mahal dengan pelbagai alasan. Jadi akibatnya margin dari gaji dan pendapatan bertambah nipis.

Sesetengah orang pula jika mendapat sesuatu atau pun menikmati sesuatu mereka akan kata,

“rezeki bukan dari kerajaan semua dri Allah”

Memang betul tu, cuma bila kerajaan tarik semula subsidi maka rezeki berharga mahal mereka enggan pula kata,

“sudah begitu datangnya rezeki mahal sikit nak buat macam mana?”

Tidak mereka tidak akan cakap begitu.

Ianya sama dengan fardhu haji. Ia disuruh kepada mereka yang mampu, bukan paksa mesti pergi.

Jika kos pergi haji sudah naik sikit, mereka mengadu dan bising serta harapkan bantuan atau pun subsidi. Sebenarnya mereka bukan dari golongan yang mampu. Tunggu lah sehingga mampu.

Ketika Nabi Ibrahim membina Kaabah bersama anak nya malaikat datang dan berkata sudah tercatit nama nama mereka yang bakal datang ke sini kepada Nabi Ibrahim. Bermakna jika ada sahaja halangan, kos, sakit tidak panjang umur, maka ia kategori nama yang tidak dicatitlah agaknya tu.

Malaysia adalah negara dimana kuota haji sentiasa penuh dari yang diberi 10%. Indonesia pula tidak pernah capai kuota. Selain itu jumlah orang sama pergi Umrah ulang kali tiap tahun pun bertambah. Jika diikutkan, bukan semua rakyat marah kepada kenaikan. Ramai juga yang suka akan kenaikan ini. Ia sebagai 'lesen' untuk mereka juga naikan bermacam-macam harga barang rentetan dari penarikan subsidi.

Jika 20 sen untuk satu liter, maka ada pula yang naikkan 10 sen untuk setiap gelas air. Atau 5 sen untuk setiap kuih.

Maka jika ditanya kenapa mahal? Eh minyak dah mahal.

Cuma dulu masa minyak pernah turun, kenapa pula tak turun?

Tentu mamak tersenyum lebar dan apek apek penyewa berketurunan DAP gembira dapat berita kenaikan ini. Ini alasan mereka naikan lagi sewaan dan harga barangan yang selama ini pun tanpa ada kenaikan pun mereka sudah naikkan dengan alasan barangan terhad, tidak ada stok dan macam macam lagi.

Semalam ada pula yang bersatus di Facebook bergaji kecil sekian sekian dan berkata kerajaan menyusahkan rakyat. Ditulisnya gaji yang kecil itu tetapi dalam bergaji kecil mampu membayar kereta sekian jumlah, sedangkan gaji sebegitu tidak seharusnya ada kereta.

Ia sama dengan kerajaan membuat rumah kos murah flat² yang tinggi. Sesak kereta tidak cukup parking. Sedangkan bayaran sewa rumah hanya RM120 untuk orang kurang mampu, tetapi parking pula tidak mencukupi kerana hampir semua penghuni ada sebuah atau dua buah kereta,

Ramai yang marah kerajaan kerana amalan menukar smartphone, TV leper dan juga langgan astro bakal terganggu.

'Basic Need' orang Malaysia sudah berubah, Jika dulu si miskin bermula dengan tidak ada wang untuk makan, tetapi basic need di kala ini diambil kira setelah ada kereta, langgan Astro, TV nipis, smartphone dan selebihnya dikatakan mampu atau tidak.

Jika kerajaan teruk, rakyat boleh humban kerajaan setiap 5 tahun. Tetapi jika rakyat yang teruk bagaimana pula?

Rakyat yang memahalkan harga telur, yang keluar dari pung-gung ayam secara percuma boleh jadi sampai 25 sen. Buah yang jatuh percuma dari pokok boleh jadi sampai berapa ringgit sekilo. Itu bukan kerja kerajaan, itu kerja rakyat.

Tapi dalam semua ini paling menyakitkan hati adalah kaum tertentu yang kerjanya tergila-gila nak jadi jutawan sahaja. Kerjanya nak untung sahaja, makanan yang dihidang di atas meja kita jadi mahal kerana kaum ini. Sebab apa makanan mahal? Kerana tuan kedai sewakan kedai dengan mahal.

Kenapa sewa mahal? Kerana yang pemilik kedai membeli dengan mahal. Dan kenapa kedai mahal? Kerana pembinanya membeli barangan bina bangunan kedai itu dengan harga mahal, Simen mahal, batu mahal. Siapa yang jual ini semua? Siapa lagi, kaum itulah.

Kita harus ingat, dengan pertambahan penduduk bumi dengan terhadnya pengeluaran makanan dan kawasan penanaman, semua benda akan naik. Tiada yang akan turun. Cuma persoalan, cara menaikkan sahaja yang kita harus bising iaitu mendadak atau pun timingnya tidak tepat.

Tukarlah kerajaan mana pun, pemimpinnya tidak sanggup berjanji dengan batang lehernya di pancung jika ada kenaikan. Tidak ada, percayalah.

Jika dia boleh jamin tiada barang akan naik pilihlah dia, Tetapi jika naik terus pancung kepalanya. Ini kerana jika kerajaan tidak naikkan barang, mereka akan naikkan dengan alasan tersendiri.

Usah pening kepala sangatlah, rokok naik sekotak pun perokok beli juga. Jadi apa nak difikirkan sangat? Hidup bersederhana sahajalah. Ini negara dimana yang malas tetsisih, yang rajin selamat.

Survival of the fit. Di Malaysia orang kerja agama pun boleh kawin 3 dan ramai jumlahnya dalam dikatakan barang naik harga, barang mereka juga sentiasa naik.

Bersyukurlah, kita dapat saksikan kekuasaan Allah, dalam sebuah negara ada yang tersepit ada yang selesa, Berkongsi awan, matahari dan langit dalam satu negara tetapi tidak berkongsi nasib, ada yang susah ada yang senang. Hendak buat macam mana. ada ke jalan lain?


7 'Punca Utama' Mengapa Ambulan Selalu Lewat



Kepada orang awam,

1. Ambulan tidak akan muncul di hadapan rumah anda sejurus anda membuat panggilan. Hal ini kerana ambulan kami tidak mempunyai keupayaan-keupayaan yang istimewa seperti button turbo, melompat atas divider, mahupun terbang terus ke lokasi anda.

2. Tolong berikan lokasi yang tepat serta tunggu di tempat tersebut kerana kami tidak mempunyai kebolehan telepati ataupun psikik untuk mengagak siapa dan di mana anda. Beri alamat rumah tiang elektrik no 8, WOIII!  Ingat senang kami nak cari satu-satu tiang elektrik?! Kami perubatan, bukannya kerja dengan TNB.

3. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah ketentuan Illahi. Kami bukan seperti Son Goku, Bezita, Kurosaki Ichigo, ataupun abarai renji yang boleh masuk keluar Alam Barzakh sesuka hati.

4. Perkhidmatan ambulan adalah bukan untuk mengangkut anda yang demam baru 3 hari atau mengalami gatal-gatal badan disebabkan kudis atau skabis. Hangat hati woo bila sampai je di rumah korang yang besar gedabak, dipenuhi sanak saudara dan kereta yang parking luar rumah pun dekat nak 10 buah. Susah sangat ke nak hantar pergi hospital??

5. Tak perlu nak maki-maki kami dekat tempat kejadian dan suruh kami buat macam-macam. Kami
tahulah apa nak buat dan kami juga seperti kamu, mempunyai 2 tangan dan 2 kaki

6. Jangan ingat kami standby 1 ambulan, 1 rakyat kerana 27 juta ambulan perlu diwujudkan. Memang Malaysia ini tak ada kereta, bas, Preve, Avanza dan juga Kenari. Ambulan akan dijadikan public transport. Rimas tahu tak asyik tengok ambulan je?

7. Jangan ingat semua fasiliti kesihatan menyediakan medical team untuk family KORG SAHAJA

Mayat tidak boleh menaiki ambulan. Kami cuma mnyediakan perkhidmatan untuk mengangkut orang yang sakit ke hospital sahaja. Kami tidak menyediakan imam untuk membacakan talkin, solat jenazah, dan kenduri tahlil.

Sekian..

Sekadar perkongsian pada yang tahu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...