Monday 24 February 2014

PERBEZAAN ANTARA FREEHOLD DAN LEASEHOLD


PERBEZAAN ANTARA FREEHOLD DAN LEASEHOLD

FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal).    Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).  Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah.  Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakalaGeran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.







LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.  Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.  Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun.  Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat?  Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri.  Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.   Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah.  Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan.   Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan.  Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut.  Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik.  No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 –

Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan.  Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal).  Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti!..
Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan.  Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
Apakah pula HAKMILIK SEMENTARA?
Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.  Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad? Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.  Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada Hakmilik Sementara‘ manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah.  Terdapat sebahagian mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan ‘sementara’ yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza.  Semoga penerangan ini dapat memberikan pencerahan kepada masalah tersebut.
Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianyapegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik sementara ini bukanlah dokumen hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan.  Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.
Diharapkan sedikit penerangan ringkas mengenai 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih belum jelas mengenainya.  Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila berikan di ruangan komen di bawah.

DAFTAR BORANG PERMOHONAN SKIM MYHOME(MAMPU MILIK)




Bantuan Rumah Pertama



Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Pertama (Mampu Milik) : Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak…


Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?

  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  2. Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi?

  1. Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  2. Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  3. Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Cara & Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome?

  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

Sunday 23 February 2014

CARA GUNA SISTEM BUKU TEKS DIGITAL 1BESTARI.NET KPM ONLINE



Sistem Buku Teks Digital menerusi 1Bestari.Net Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Kementerian Pendidikan telahmelancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini.

Cara Akses Sistem Buku Teks Digital 1Bestari.Net KPM Online
Langkah 1: Sila layari LINK DISINI 
Cari alamat sekolah anda


Langkah 2: Cari Alamat Sekolah Anda dan klik pada URL Web Adress Sekolah anda
sabah-2

Langkah 3: Login menggunakan ID Yes yang dibekalkan oleh sekolah anda
KPM
Langkah 4: Dapatkan buku teks anda secara digital
FrogBook3

Nota Penting: Buku teks boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Wednesday 19 February 2014

JOM PAKAT PERANGI NYAMUK AEDES.












JOM PAKAT PERANGI NYAMUK AEDES INI.
GIGITANNYA MAMPU MEMBUNUH.

PASTIKAN TEMPAT PEMBIAKANNYA DIHAPUSKAN
PASTIKAN PERSEKITARAN RUMAH,PEJABAT ATAU KAWASAN SEKITAR KITA BERSIH DARI AIR YANG BERTAKUNG

SAYANGI LAH KELUARGA KITA

MENCEGAH LEBIH BAIK SEBELUM TERKENA





CARA MEMBACA DAN KENALI KOD BAR PADA BUNGKUSAN BUAH-BUAHAN

Pasti ramai antara kita yang tidak pernah menghiraukan akan maksud kod bar yang terdapat pada setiap bungkusan buah-buahan di pada setiap pasaraya

untuk makluman pengguna. kod bar adalah suatu yang penting untuk kita ketahui akan salsilah buahan terbabait samada menggunakan racun seranggan atau tidak. ini adalah untuk keselamatan kita dan kelaurga.

bayangkan kita makan buahan yang di sembur dengan racun perosak dengan kadar yang banyak, ini pasti mengundang pelbagai penyakit di masa akan datang.

baiklah..










Sekiranya terdapat hanya angka empat digit pada awal kod bar ini bermakna buah berkenaan ditanam secara tradisional  dengan penggunaan racun serangga
pastikan buahan atau sayuran yang dibeli dibasuh dengan air yg banyak dan dikupas kulitnya.

Jika lima digit pada pelekat kod bar pula dan bermula dengan 8 ini bermakna produk itu ditanam secara genetik(GMO)

jika lima digit nombor pada pelekata kod bar bermula dengan 9,ini bermakna produk terbabit ditanam tanpa menggunakan racun serangga dan bukan GMO dan selamat dimakan.






Tuesday 18 February 2014

LAGI KISAH ASTERIOD HAMPIRI BUMI



Asteroid sebesar 1300 ka (400 m) lebar dijangka melintasi bumi pada 8 November 2011 ini. Keluasannya adalah kira-kira satu setengah kali ganda padang bola, cukup besar untuk mendatangkan malapetaka jika tersasar ke bumi. Ia akan melintas kira-kira 0.85 jarak antara bulan dan bumi. Kebetulan pula tarikh itu hampir dengan Raya Haji iaitu kemungkinan pada 6 atau 7 November, 2011. Asteroid ini baru dijumpai pada bulan Disember 2005 dan dinamakan sebagai 2005 YU55.

Kenyataan NASA (Near Earth Object Program) menyebut, " Walaupun tergolong dalam kategori objek yang mungkin berbahaya, 2005 YU55 tidak mendatangkan sebarang ancaman perlanggaran dengan bumi sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 tahun akan datang. Bagaimanapun, ini merupakan kejadian object yang menghampiri bumi yang paling dekat yang kami awal-awal lagi dapat tahu dan kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi hinggalah tahun 2028 apabila asteroid (153814) 2001 WN5 melintasi pada 0.6 jarak bulan."


Trajektori Asteroid 2005 YU55

Akhbar Daily Mail melapurkan bahawa, Agensi Angkasa Eropah (ESA) merancang melancarkan satelit 'impactor' kepada asteroid 'ujian' pada 2015 untuk melihat jika trajektori objek tersebut boleh diubah bagi mengelakan perlanggaran dengan bumi. Agensi tersebut sedang melaksanakan misi bagi mengelakan ancaman minimum oleh asteroid Apophis selebar 700-1100 ka, yang mempunyai kemungkinan  satu dalam 250,000 menghentam bumi pada tahun 2036.

ASTERIOD HAMPIRI BUMI














Cape Canaveral: Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.

Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT). 


Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.

“Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.

Laju 41,843 kilometer sejam

Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox. 
Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu. 

Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.

Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit. 

Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini

Monday 17 February 2014

SOLAT SUNAT DHUHA



SOLAT SUNAT DHUHA



|
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
Maksudnya
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

3) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
4) Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Sunday 16 February 2014

TEMPAT CAWANGAN SPNB KUALA TERENGGANU









Cawangan Terengganu Utara
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda,
Komplek Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus,
21060 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6660010 / 09-6660054
09-6627312








Kepada

JADUAL SIARAN LANGSUNG FEAR FACTOR MALAYSIA MUSIM 2



Jadual waktu siaran langsung Fear Factor Malaysia Musim 2 tahun 2014. Seperti yang sedia maklum, Fear Factor Malaysia musim 2014 akan memulakan episod mulai 15 Februari 2014. Program tersebut akan disiarkan pada setiap hari sabtu dan ahad pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD (135).

fear-factor-malaysia

Pengacara Fear Factor Malaysia 2014
  • Aaron Aziz
Senarai Peserta Fear Factor Malaysia 2014

Jadual Siaran Fear Factor Malaysia Musim (2) 2014
  • Tarikh: Setiap Sabtu dan Ahad (Mulai 15 Februari 2014)
  • Masa: 9.00 malam
  • Siaran: Astro Ria dan Astro Maya HD

Saturday 15 February 2014

DOWNLOAD JADUAL DAN KALENDAR RASMI PEPERIKSAAN STPM 2014 MALAYSIA



Kalendar takwim rasmi peperiksaan STPM 2014 Malaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual sempena peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi tahun 2014. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada semua calon STPM 2014 yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Kalendar Rasmi Peperiksaan STPM 2014 Malaysia

stpm


JADUAL DAN TARIKH PESTA BUKU MALAYSIA 2014



Jadual dan tarikh pesta buku Malaysia 2014. Berikut adalah jadual penuh karnival pesta buku yang akan berlangsung di sepanjang tahun 2014. Pesta buku merupakan antara karnival yang paling popular khususnya di negara ini dimana orang ramai boleh mendapatkan bahan ilmiah pada harga terendah atau promosi.


pesta

Jadual Dan Tarikh Pesta Buku Malaysia 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya
  • Tarikh: 28 Feb – 9 Mac 2014
  • Lokasi: Dewan Cempaka Sari, Presint 3,Kompleks Perbadanan Putrajaya
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
  • Tarikh: 19 – 23 Mac 2014
  • Lokasi: PICC
Big bad Wolf Book Sale
  • Tarikh: 15 – 23 Feb 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Read Malaysia
  • Tarikh: 21 – 30 Mac 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Tarikh: 24 April – 4 Mei 2014
  • Lokasi: PWTC

SEBAB DAN PUNCA KENAPA HARI KEKASIH HARAM DISAMBUT ORANG ISLAM



Punca sebenar kenapa hari kekasih atau Valentine’s Day haram disambut oleh orang islam. Pihak JAKIM telah memfatwakan bahawa hari kekasih adalah haram diraikan oleh umat islam kerana perayaan tersebut bertentangan dengan ajaran islam. 

Selain itu, ianya mempunyai unsur-unsur agama lain iaitu Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam. Muzakarah juga berpendapat bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu untuk meraikannya. Untuk info, hari kekasih disambut pada 14 Februari setiap tahun bagi meraikan hubungan kasih sayang antara dua insan yang sedang hangat bercinta.




Hari-Valentine-Haram

Punca Kenapa Hari Kekasih Haram Disambut Orang Islam
Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun. Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni. Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.

Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara. Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama. Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.

Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama. Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing.

BORANG PERMOHONAN DAFTAR SKIM MYHOME BANTUAN RUMAH PERTAMA 2014



Borang daftar permohonan Skim MyHome bantuan rumah pertama 2014. MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan  yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.


skim-myhome
Fakta Bantuan Skim MyHome
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah
Syarat Kelayakan Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Borang Permohonan Skim MyHome
Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

Tarikh Permohonan Skim MyHome
Mulai 1 April 2014

Tuesday 11 February 2014

TARIKH RASMI DAPAT DUIT BRIM 3.0 MULAI 22 FEBRUARI 2014



Tarikh rasmi dapat duit BR1M 3.0 mulai 22 Februari 2014. Menerusi kenyataan Dato Seri Najib Razak dilaman sosial, Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 akan dibayar terus ke akaun pemohon yang layak pada 22 Februari 2014. Manakala pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan akan menerima BR1M secara berperingkat bermula 23 Febuari 2014. Ini bermakna, pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran BR1M 3.0 menerusi baucar.

BR1M-3.0

Borang Permohonan BR1M 3.0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...