Wednesday 30 October 2013

LOKASI DAN HARGA TIKET KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA 2013


Harga lokasi beli tiket Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013. Menerusi makluman daripada persatuan bola sepak Malaysia (FAM), harga tiket Kelantan vs Pahang akan dijual pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. Untuk info, perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada 3 November 2013 (Ahad) bertempat di Stadium Shah Alam.

final-piala-malaysia-2013

Harga Tiket Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Dewasa: RM40
Kanak-kanak: RM5

Jadual Perlawanan Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Tarikh: 3 November 2013 (Ahad)
Lokasi : Stadium Shah Alam
Masa: 8:45 mlm

Lokasi Pembelian Tiket Di Kelantan
Tarikh : 30.10.2013 (rabu)
Masa : 3 petang
Tiket : rm40 terhad untuk 1 orang 5 keping
Kuota Tiket: 30 Ribu keping
Lokasi : Stadium sultan muhammad 4 (ssm4)

Lokasi Pembelian Tiket Shah Alam
Lokasi : Stadium Shah Alam
Tarikh : 31.10.2013 (khamis)
Masa : 9 pagi
Harga : rm40 dewasa rm5 kanak2 bawah 12 tahun
Jumlah tiket dijual : 15 ribu keping

Lokasi Pembelian Tiket Di Pahang
Lokasi : Stadium Darul Makmur
Tarikh : 30.10.2013 (rabu)
Masa : 10 pagi
Harga : rm40 dewasa,rm5 kanak-kanak bawah 12 tahun

Tuesday 29 October 2013

RUMAHKU SYUGAKU

RUMAH MESRA RAKYAT SPNB



JOM PAKAT MOHON SEKIRANYA YANG BELUM MEMPUNYAI RUMAH. REBUT PELUANG YANG ADA.

DOWNLOAD DI http://www.spnb.com.my/bm/corporate/notice.htm
 

RUMAH MESRA RAKYAT-SPNB



Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini. POH 25 Feb. — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).
Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM65,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya. — BERNAMA

CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT-spnb


Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, perlu ada syarat-syarat di bawah, sila lihat syarat pemohonan Rumah Mesra Rakyat 1malaysia. Permohan boleh di buat melalui Jabatan Rumah Mesra Rakyat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  3. Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  5. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  6. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.



 
 
 


 
 

 

Monday 28 October 2013

LESEN MEMANDU DITAMATKAN BATAL JIKA GAGAL BAYAR SAMAN


Lesen Memandu Ditamatkan Batal Jika Gagal Bayar Saman. Individu yang disenaraihitamkan atau mempunyai saman yang tertunggak boleh dikenakan tindakan tersebut. Sistem itu perlu dilaksanakan agar kesemua pemandu yang bermasalah mengambil iktibar dan membayar denda atas kesalahan yang mereka lakukan atas jalan raya.

Pemandu atau penunggang yang mempunyai banyak saman kebiasaanya kerap melakukan kesalahan jalan raya dan boleh membahayakan nyawa pemandu yang lain.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIsPaWnhbDsC0OCFkxXavh4EkrepWOSvVCwEEYOJwn35ny2VaDoEXdE_12ct0rLux3ATt_7134-2EPo4jfFxVESyiyiPHId1YRLvbM4WSzyvkKDaQcrAqHE2W_Xx42RFzEYKAihzbq3jI/s1600/polis.jpg

Perkara ini turut diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid kepada media baru-baru ini. Pada masa yang sama, sistem itu juga boleh mengurangkan kadar kemalangan maut dinegara ini akibat kecuaian pemandu.
 
P/s- JELASKAN SEGERA SAMAN-SAMAN YANG ADA KERANA SAMAN KADANGKALA BOLEH MENYEDARKAN KITA AKAN KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN. HIHIHIIHIHIH....


 

BANTUAN PALSU DANA PENDIDIKAN 2013 BUKAN TAJAAN KPM


Bantuan palsu dana pendidikan 2013 bukan tajaan KPM. Menerusi makluman terkini dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bantuan Dana Pendidikan 2013 yang tersebar itu bukanlah satu program tajaan KPM dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan KPM. Logo Kementerian Pengajian Tinggi disalah gunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan masing-masing. Ibu bapa dan pelajar juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan iklan bantuan dana tersebut.

Makluman Bantuan Palsu Dana Pendidikan 2013
bantuan-palsu

 

Saturday 26 October 2013

BERHATI-HATI JANGAN SAMPAI BERTEMBUNG

Para Pengguna Jalan Raya Kuala Terengganu-Kota Bharu (Laluan Pantai ) Hendaklah berhati-hati dekat kawasan sekitar kampung pagar besi daerah Batu Rakit Kuala Terengganu,Ini adalah kerana terdapat banyak lembu-lembu yang sering menjadikan jalan raya tersebut sebagai tempat tidurnya.
Persoalanya?Dimanakah Pemilik Haiwan Tersebut.
Adakah mempunyai tuan atau lembu liar....Pengguna Jalan raya dimalam hari menyambung nyawa sekiranya bertembung dengan lembu-lembu tersebut.

 
Sekadar Gambar Hiasan...
 
Pada Kawasan Ini,terdapat beberapa kumpulan ekor lembu yang sering menjadikan jalanraya sebagai kawasan berehat.
Sampai bilakah? atau berapa ramai mangsa lagikah yang akan terlibat baru pihak berkenaan mahu mengambil tindakan?
Jikalau tiada bertuan,Kenapakah tidak ditangkap dan dikumpulkan pada satu kawasan yang jauh dari jalanraya.
Dimanakah penguatkuasaan pihak berwajib dalam menangani masah ini.
kene tunggu lebih banyak kematian lagi atau sebelum mangsa kemalangan adalah pemilik haiwan terbabit sendiri.
 


sekadar gambar hiasan
 
 
P/S- Diharap pihak berkuasa di Bawah Jabatan berkaitan mengambil Langkah-langkah yang terbaik dalam mengatasi masalh lembu ini?
 

Wednesday 23 October 2013

NOSTALGIA...SEMUA PASTI MELALUINYA.....


Suatu persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah atau teman sekampung yang mendewasakan kita?
Zaman sekitar awal 80an dan sehingga 90an banyak mengamit kenangan
Dikira umur bagi yang lahir sekitar tahun 80an dan 90an umur mereka-mereka kini sekitar 30an dan 40an.....
Kegembiraan lebih terubat apabila dapat berkumpul semula selepas era 90an berlalu.....
Ada sahabat kita yang telah berjaya di dalam mengharungi kehidupan ada yang gagal dalam menguruskan kehidupan.
Suatu Nostalgia pasti segar kembali apabila dapat berkumpul kembali sambil makan-makan dan sambil mengimbau kembali akan kenakalan suatu masa dahulu.....

sekadar gambar hiasan sekitar 90an...
 
Persahabatan yang terjalin pasti membuatkan kita tersenyum sendiri apabila mengenangkan akan kenakalan suatu masa dahulu.
 
Pasti Kita semua alami masa itu,
 
Andai dapat di Undurkan waktu...pasti kita ke zaman 80an dan 90an...
 
Dunia bagaikan kita yang punya..tiada masalah besar yang patut kita fikirkan,hanya belajar dan terus belajar.
 
Sekiranya anda semua ada kengkawan lama...carilah mereka kerana...anda pasti muhasabah diri anda..kemana hala tuju anda...kerana sabahat pasti bertanya akan perkembangan anda...
 
sekian..sekadar sekilas ingatan buat sahabat-sahabat semua.

 

UJIAN KOMPETENSI ICT GURU DAN PENTADBIR KPM ONLINE


Ujian sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Ujian berteraskan ICT atau teknologi komputer adalah sangat penting untuk menguji seorang guru dalam pengetahuan am komputer. Ujian ini juga merupakan komponen penting di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk guru dan pentadbir wajib menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

ict-guru

Sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Online

Format Soalan
Ujian ini dilaksanakan secara atas talian (online) mengandungi 30 soalan dan hendaklah dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit.

Pengumuman Terkini
1) Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang (sistem ditutup pada 22 Oktober 2013 jam 12 malam)
2) P.Pinang, Kedah dan WP Labuan (sistem ditutup pada 24 Oktober 2013 jam 12.00 malam)

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak dan Selangor

Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG ‘BACK’ di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG ‘SETERUSNYA’ BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

DIHARAP BAKAL MENJADI KENYATAAN-BUAT JURUTEKNIK SEMALAYSIA



Juruteknik J17

Sebelum itu, Berita Semasa pernah kupas isu nasib “KLIK = Juruteknik J17” tahun 2012. Nampaknya skim gred J ada laluan “ekspres” selepas ini. Berita baik kepada juruteknik gred J17, J22, J26, anda akan dinaikkan ke gred J29. Tahniah diucapkan…

Mari kita semak satu persatu butiran penting mengenai pengumuman kenaikan gred juruteknik sektor awam kali ini yang telah disampaikan terlebih dahulu intipatinya oleh Presiden Cuepacs (Datuk Omar Osman)

Kenaikan Gred 45,000 Juruteknik (J17,J22 & J26 Ke J 29)


  • 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baru ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013.
  • Skim gaji baru itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober 2013
  • Melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
  • Skim baru ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September 2013 dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.
  • Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.

Tangga Gaji Baru Juruteknik J29


  • Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma sekaligus tangga gaji turut berubah.
  • Gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baru dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055
  • Perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
  • Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga gaji lebih baik. Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini
  • Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada kekosongan sehingga Juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji
  • Jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.
  • Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan
  • Sebab itu Cuepacs naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan ‘Time Based’ dari J29 terus ke J54

Tahniah Berita Semasa ucapkan kepasa semua yang terlibat.

Berita Semasa merasakan keputusan kenaikan gred juruteknik J17, J22, J26 naik ke gred J29 disebabkan Sekolah Vokasional telahpun dinaiktarafkan menjadi lepasan diploma disebabkan mereka ada mengambil sijil kompetensi. Tetapi…persoalannya sekarang ini ia baru dilaksanakan baru-baru ini. Bukannya zaman 10-20 tahun dahulu…
Dipetik dari Kolum Berita semasa.....

Tuesday 22 October 2013

KEPUTUSAN RASMI ISU AGAMA KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH 14 OKTOBER 2013

Keputusan rasmi isu agama Kristian guna kalimah Allah pada 14 Oktober 2013. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali. Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

kalimah

Kronologi Peristiwa Isu Kalimah Allah

16 Februari 2010: Gereja memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

31 Disember 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal. Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

22 Ogos 2013: Gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.

14 Oktober 2013: Keputusan rasmi makhamah rayuan tidak membenarkan agama Kristian menggunakan Kalimah Allah.

Monday 21 October 2013

TAKWIN RASMI CUTI SEKOLAH SESI 2014 KPM

Takwim rasmi cuti sekolah sesi persekolahan 2014 KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan jadual sesi persekolahan untuk tahun 2014. Berikut adalah takwim cuti sekolah bagi setiap negeri yang dikategorikan dibawah kumpulan A dan Kumpulan B.
cuti-sekolah-2014-malaysia
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

kumpulan1

KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

kumpulan2

Saturday 12 October 2013

PEMBANTU TADBIR BAKAL DIGANTI MENJADI PEGAWAI KHIDMAT TADBIR


Cadangan Pembantu Tadbir bakal diganti jadi Pegawai Khidmat Tadbir telah mencetuskan pelbagai pandangan dari pelbagai pihak terutamanya dalam sektor Perkhidmatan Awam. Ada juga yang bersetuju dan membantah mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Kertas cadangan itu telah dihantar kepada Suruhanjara Perkhidmatan Awam (SPA) dan berharap agar kerajaan meluluskan cadangan tersebut dan diumumkan pada pembentangan bajet 2014 nanti. Penukaran nama jawatan tersebut sekaligus akan menaikkan pangkat atau gred Pembantu Tadbir dalam sektor perkhidmatan awam di seluruh negara.

jawatan

Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)

Intipati Cadangan CUEPACS Agar Pembantu Tadbir Naik Gred
  • Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir
  • Pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.
  • Naik gred seramai 65,000 pembantu tadbir itu di seluruh Malaysia
Punca Cadangan Kenaikan Gred Pembantu Tadbir
  • Pembantu Tadbir merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembantu Tadbir tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
  • Menghargai jasa dan kerja yang dilakukan oleh Pembantu Tadbir.
  • Menaikan taraf ekonomi Pembantu Tadbir.

BERITA PALSU PELAJAR KPTM KENA ROGOL



Berita palsu pelajar KPTM kena rogol bergilir-gilir oleh warga Bangla atau Bangladesh. Kecoh dilaman sosial terutamanya di twitter apabila ramai pengguna telah sebarkan kisah seorang pelajar wanita KPTM KL meninggal dunia akibat dirogol oleh 13 orang yang dipercayai warga Bangladesh di LRT Pandan Jaya. Sehingga kini, tiada bukti yang kukuh atau sumber yang sahih untuk membuktikan dakwaan rogol tersebut. Dipercayai berita palsu itu sengaja disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan kekecohan dilaman sosial.

Berita Palsu Pelajar KPTM Kena Rogol Dengan Bangla
Menerusi kenyataan dari Facebook Rasmi PDRM, berita mengenai pelajar KPTM yang dirogol hingga menyebabkan kematian adalah tidak benar.

rogol
kptm3
kptm1 kptm2

GAMBAR PESAWAT MASWING YANG TERHEMPAS DI KUDAT


Gambar pesawat Maswings terhempas di Kudat pada 10 Oktober 2013. Dilaporkan dua penumpang parah apabila sebuah pesawat ringan milik MAS terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San jam 3.30 petang tadi. Pesawat itu juga dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu menuju ke Kudat. Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat.

Seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu. Punca kejadian masih dalam siasatan. Laporan awal insiden itu berlaku apabila pesawat tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat apabila membuat pendaratan cemas.

Gambar Pesawat MASwings Terhempas Di Lapangan Terbang Kudat
Update: Dua orang disahkan meningga dunia akibat insiden tersebut. Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Ah Chai, 96 dan juga pembantu juruterbang Marc Joseph Bansh, 23.
 
 
 



 
 
 
 

 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 2 October 2013

JOM PAKAT SEMAK KEPUTUSAN POLITEKNIK


Semakan keputusan Politeknik sesi Disember 2013 secara online. Kepada calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke program Politeknik yang lalu, tarikh penting semakan keputusan politeknik ambilan Disember 2013 adalah seperti berikut:

politeknik-disember-2013

Semakan Panggilan Temuduga Politeknik Ambilan Disember 2013
Calon-calon yang memohon ke program Diploma Kejuruteraan Perkapalan, Diploma Lanjutan Elektronik (Perubatan) dan Diploma Lanjutan Keusahawanan boleh membuat semakan panggilan temuduga pada 04 Oktober 2013.

Sila layari http://www.politeknik.edu.my untuk membuat semakan.

Semakan Keputusan Semua Program Politeknik Ambilan Disember 2013
Keputusan permohonan untuk semua program akan diumumkan pada 25 Oktober 2013 di laman web www.politeknik.edu.my.
 

TERBARU - PELUMBA BASIKAL TERENGGANU MAUT KEMALANGAN



DUNGUN - Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini.

Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan.

Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.

Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. - Bernama

Tuesday 1 October 2013

LOGHAT TERENGGANU DAN LOGHAT KELANTAN YANG UNIK.......!!!!!

Anda Rakyat Terengganu atau Kelantan??
HIhiiii..atau anda berkahwin dengan rakyat Kelantan atau Terengganu...
Pasti Loghat akan menjadi Keunikkan tersendiri...Dalam Peta pon dah tertera dua Negeri bertuah ini berjiran...Serumpun rupanya..hanya lohgat yang membezakannya....
JOm layan antara Loghat Terengganu Vs Loghat Kelantan..Hahahah..
JOm layannnnnzzz......



LOghat Terengganu......
Jeng---jeng----jeng---

comel lote-------------comel yg amat
ija naung--------------.hijau kehijauan
sejuk ketto--------------sejuk yg sgt2
itang lettung------------tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang----------------rosak
pughah hangik----------------hampeh gile
gugha bewok------------------..gurauan yg menyebabkn pgaduhan
air geh tujuh yu-pi cak katung jogek-jogek---------air 7UP(kole beghang)
kona lepe--------------kona lipat

kelecak--------------..terpelanting
nakuk paik--------.penakut yg amat
tinggi lonjong-----------.tinggi sgt
tinggi nyayuk------------sama cm diatas
masing pekkok-------------teramat masin!
sekak netting---------------singkat sgt (kain)
nipih nayyang---------------sgt nipis
maknga-----------------------cuai
babei--------------------.degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghek---------.plastic bag je padahal
koghok-------------tengkorak

kehek---------------muntahkan semula
puahsang------------.boring
meppeh------------tak larat
kepeh blepeng----------.kempis sgt
lapo perut-------------.lapar
ngatuk mate----------.Ngantuk laaa
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang-----------------s)
bodo dooh lalu---------------------bodo lebih2
koghok keghing nggoh--------tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
kelecak baghak------------terpelanting
kerek tlage-----------------konkrit mengepung telaga
takdok aghoh------------habis ikhtiar
penuh poppok/rumbu-------.penuh sampai melimpah
khapoh--------.kerak (goreng pisang etc)
penuh nembok------penuh sampai melimpah

gemuk debbok------gemuk sgt
kuruh kering--------sgt kurus
botok licing------------botak licin (rambut)
beso jereguk-----------besar
kecok--------------------.jln terhincut2
gege-----------------------.bising
suke glekek----------------.ketawe menggelekek
ketor geggor---------------terketar-ketar smp bergegar..hehe
manih leting----------------sgt manis
dulli mung-------------------tak ambik peduli
musing ketang caghi------cari merata-rata
letihsang-------------------sgt letih
bapok gong---------------.sgt besar
srupe tule/supetula------.serupe je
beghak nanang-------.sgt
berat

ringang lepung--------.sgt ringan
ketik nnyamuk---------digigit nyamuk
makang kkucing------.dimakan kucing
kattok wong-------.katak (siap ade bunyi tuu
)dok tahu starang�..tak tahu pun
busuk kohong�.busuk gile
agah�org yg sombong
soheh dok munggg??� ko ni biar betul!!
sewang��lbh kurang serabut jgk
membo nga bang��tak tahu nak explain
ape ke jadah �� apa hal
apah nyor�� hampas kelapa
anguh letong�� sangat hangus
bata golek �.. boaster/bantal pelok
bronok �.. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
bekpang ��. sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

boloq woq �� serabut
bahang ��. pukul kan!
Bluahh ��comot
culah �� malah
ceekiik��. cubit-cubitan
nyekik��.menyakitkan hati
dokdang ��. tak sempat
glising ��merekah
iiising ��. gile dooo

ikang aye �� ikan tongkolikang kerah ekor �� ikan cencaru
kheloqq ��. malu kot!
tunggu stor ��. tunggu sekejap
Kupik ���kedekut
Kembit ��mengada-ngada
ngerek��. selalu bwk awek kot?
Lembek �.. tilam
Lambur ��. beranda/balkoni
meroh merang ��..merah sangat
memang dok arr ��. memang tak ar!

musing ligak ��� berpusing2
musing ketang ���. berpusing2
ngoyang ��. meroyan
nyakit nyamang ��� tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh ��.. mengada-ngada
nisang ��..gula melaka
skekk �.. sedikit
se`jek �� masjid
sekut merri ��biskut merrie
se�eh �� kenyang sangat
sorok��. drawer
tawor hebbe ��. tawar gile
tawor lembo�.tawar(air)
tohok��buang
senyak tupih�..senyap sunyi
tinggi sayuk�.sgt2 tinggi

beso jalo�..sudah besar(org)
kecik tuik�..kecil sgt2
pucak kesi��.pucat
bising bango�..bising sgt
uduh sepang ko�ong��.hodoh sgt2
tupul glebek�..tumpul(cam pisau ke)
patoh riok�.patah(tangan)
pendek kettok�..pendek ah
gelak kattok��gelap gelita
kuning siyor��kuning
buruk leppok�..baru
toho leppeh�..air yg cetek
tubek kembong ��. buasir
wohhulu �.. bahulu
tubek ��..keluar
panah ketik��.. panas yang teramat
paik nepang�..pahit yg amat2
kuba balo�.kerbau yg ada wana perang2
nebeng ngoh��ter over

pekat likat��pekat ah
wak mmunoh�..merosakkan
kenayat�� khianat
ngate riti ��. bersepah
lokkk ����.biarkan
drohong ��..cthnya hujan semalam.
srabut arut��serabut sgt
khetok khiyok��. kertas kalu kena gupal
glebek nyeng���benda yg dah rosak
nyetok kkarung�..kejang macam kaki krem tu



Loghat Kelantan

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar

40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok

49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat masam

65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu

74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit

83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengoti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu

92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising


DAN TEerdapat banyak lagi loghat yang unik2 antara dua negeri ini.....
Pasti anda semua terhibur.......
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...