Wednesday 21 August 2013

DITANGGUHKAN DAHULU CCRIS

Peminjam ingkar PTPTN tidak akan disenarai hitam dibawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Keputusan itu dibuat setelah menerima pelbagai komen negatif dari semua pelajar yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Selain itu, mesyuarat jemaah menteri pada 21 ogos 2013 juga telah memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan tersebut.

ptptn

Banyak kesan buruk jika CCRIS dilaksanakan seperti kesukaran membuat pinjaman bank seperti pinjaman rumah, kereta dan sebagainya. Keputusan ini diterima baik dan semua pelajar boleh menarik nafas lega setelah pelaksanaan sistem CCRIS ditarik semula.


BUMI KEDAH BERGEGAR



Gegaran gempa bumi di Kupang Kedah pada 20 ogos 2013 di Malaysia. Pada hari ini, dikejutkan dengan berita bahawa telah berlaku gegaran kecil sekitar 8.26 pagi di daerah Kupang. Gempa bumi itu dipercayai berpusat di 11 kilometer selatan Baling. Hanya segelintir penduduk sahaja dapat merasai gegaran tersebut memandangkan gempa bumi terjadi pada skala kecil iaitu 3.8 skala ricther. Pada masa yang sama, perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia mengenai fenomena tersebut.

Kupang-Map
Komen Dari Pengguna Laman Sosial
kupang

Kredit Foto: http://kamerakupang.blogspot.com/

Kenyataan Akhbar
Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya berdasarkan kenyataan jabatan itu lagi.

KEMALANGAN DI GENTING


Punca Bas Kemalangan Jatuh Gaung Di KM 3.6 Jalan Genting Highlands-Karak pada 21 ogos 2013. Terkini, tragedi nahas terburuk telah berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas ekspres henti-henti Genting Highlands pada pukul 2.30 petang.

Pihak bomba menjangkakan seramai 49 mangsa yang berada dalam bas tersebut ketika kejadian itu berlaku. Punca awal kemalangan dipercayai pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas kedalam gaung. Usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

bas genting kemalangan

Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013

Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang

update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba
Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.

Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung

bas genting kemalangan

kemalangan genting 1

bas genting kemalangan 5

genting 6

bas genting kemalangan 4

kemalangan genting 3

bas genting

Sunday 11 August 2013

HUJAN METEOR....



HUJAN METEOR


Ruang angkasa Malaysia akan dapat dilihat hujan meteor malam ni.
 
 
 



Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara malam ini sehingga subuh esok.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Katanya, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula pukul 11 malam. -
dipetik dari Kosmo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...