Wednesday 27 February 2013

Hantu Kak Limah Kembali




Filem trilogi Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah bakal menggamit penonton sekali lagi apabila filem sambungannya Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit bakal ditayangkan tahun hadapan.

Masih mengekalkan pelakon utama iaitu Awie sebagai Husin, filem kedua arahan Mamat Khalid ini ternyata jauh berbeza dengan filem yang pertama.

“Bagi filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah watak Kak Limah diberi fokus namun kini lebih kepada kisah orang kampung dan perangai masing-masing.”

Menurut Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn. Bhd., Gayatri Su-Lin Pillai menyifatkan kejayaan Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah amat luar biasa dan menjadi pemangkin kepada pihak penerbit untuk menerbitkan sekuel seterusnya.

Kami amat yakin dengan kredibiliti Mamat Khalid terhadap filem yang dihasilkan. Malahan kita sendiri dapat lihat penerimaan penonton terhadap karyanya sebelum ini amat membanggakan.”
Selain Awie, Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit turut akan dibintangi oleh Shy8, Rashidi Ishak, Delimawati, Ezlynn dan ramai lagi bakal menemui penonton pada Februari 2013.

Pasti ada kelainan dari Hantu kak limah yang pertama....
Jom pakat ramai-ramai kasi pecah panggung...

Ulam Pucuk Beko

Pucuk Beko....(Oroxylym indicum )










khasiat pucuk beko  amat lah banyak sekali .. terutama  berkhasiat utk  yang pernah
alami cirit birit.  sekali makan kesakitan itu  hilang dgn segera. dan  sesuai utk membuang angin dalam badan, memulihkan sakit urat, dan darah tinggi..dan terdapat berbagai lagi khasiat dlm ulaman berguna ini.

kacang dari pokok beko atau buah beko  ini dibuat kerabu oleh org kelantan atau hanya dicelur sahaja sambil makan bersama budu atau belacan.


Bagi Yang ada penyakit darah tinggi elok lah mencuba ulamam ni...rasanya sedikit pahit tapi sedap bila dikunyah.

Masyarakat Kelantan mengamalkan pemakanan ulam ni baik di kampung atau di restoran. Boleh dibuat salah satu daya tarikan peminat ulaman ke restoran yang menyediakan ulaman beko ini.

Pokok ulaman ni biasanya tinggi dan berada di kampung-kampung...sekarang ianya makin sukar didapati kerana tiada yang berani mengusahakan tanaman ini secara komersial..

LANTIKAN KONTRAK MENDAPAT PERHATIAN

SPA SUDAH TEMUI HAMPIR SEPARUH PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK KERAJAAN


 PUTRAJAYA, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menemui hampir separuh daripada kira-kira 50,000 pekerja kontrak kerajaan untuk mendengar dan seterusnya berusaha menyelesaikan masalah berkaitan taraf perkhidmatan mereka.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak SPA Selasa mengadakan perjumpaan dengan wakil pegawai-pegawai kontrak dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), yang merupakan salah satu daripada tiga badan kerajaan yang mempunyai pegawai kontrak dalam jumlah yang banyak.

Beliau berkata dua lagi badan kerajaan yang mempunyai pegawai kontrak dalam jumlah yang agak besar ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) (kalangan guru-guru KEMAS), dan petugas dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Katanya jawatankuasa itu akan menyelaras setiap masalah yang dikemukakan dan akan melihat sekiranya ia dapat diselesaikan dengan segera dalam satu pertemuan wakil pegawai kontrak berkenaan dengan wakil-wakil dari jabatan yang berkaitan seperti SPA, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KPKK sendiri, dan sebagainya.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pegawai lantikan kontrak dari KPKK di sini beliau berkata, bagi masalah lebih rumit yang dilihat hampir mempunyai persamaan di kalangan pegawai di ketiga-tiga agensi berkenaan, pihaknya akan membuat penyelarasan dan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai cara menanganinya.


MASALAH 50,000 KAKITANGAN KONTRAK DITANGANI

PUTRAJAYA 30 Jan. - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menangani masalah kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan kerajaan mulai bulan depan.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, usaha itu perlu kerana hanya tiga jabatan itu mempunyai pegawai dan kakitangan kontrak bagi tempoh perkhidmatan sehingga tiga tahun berbanding jabatan lain yang berstatus sambilan atau sementara.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Tiga jabatan tersebut, katanya, adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Penerangan.

"Ada dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun, gaji permulaan yang rendah, tidak memahami skop tugas dan lain-lain berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 120 wakil penjawat awam berstatus kontrak di bawah JPNIN di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan.

Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penjawat awam terbabit sebelum dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Malah, beliau menambah, jawatankuasa itu juga berperanan mengumpul data berkenaan jumlah sebenar penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan itu.

"Maklumat sedemikian perlu bagi memudahkan perancangan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penjawat awam tersebut," katanya.
 
 
 
SERAP 50,00 KAKITANGAN KONTRAK
 
PUTRAJAYA 31 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji kedudukan kira-kira 50,000 kakitangan awam kontrak sebaliknya menggesa kumpulan tersebut diserap terus ke jawatan tetap di pelbagai jabatan kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu merupakan jalan penyelesaian yang sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu lagi bagi menyelesaikan masalah kakitangan kontrak.

Katanya, penubuhan jawatankuasa khas tidak akan dapat dapat menyelesaikan dilema kakitangan kontrak yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Menjelang 2020 ini sepatutnya sudah tidak ada lagi perkataan kajian, apa yang penting adalah membuat lantikan tetap terhadap pekerja kontrak sedia ada.

"Ada di antaranya merupakan lantikan SPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak berkuasa tempatan tempatan (PBT) dan pelbagai jabatan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Bersama Wakil Jabatan dan CUEPACS negeri-negeri Kesatuan Pembantu Am Pejabat Semenanjung Malaysia (KPAP), di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPA untuk mewujudkan jawatankuasa khas menangani masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai wakil pelbagai agensi kerajaan berkaitan termasuk JPA dan Kementerian Kewangan.

Mengulas lanjut Omar berkata, kakitangan kontrak perlu diberi peluang ke jawatan tetap kerana ada di antara mereka sudah berkhidmat lebih 50 tahun.

"Mereka perlu diberikan peluang yang sama seperti kakitangan tetap.

"Apa yang nak dikaji lagi, apa yang penting sekarang ini wujudkan jawatan dan tetapkan jawatan mereka," katanya.


BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM

21 Februari 2013


Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam

Buasir..

Apa itu buasir?

 
Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:
  • Darah merah terang selepas anda membuang air.
  • Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.

Bolehkah saya mengelakkan buasir?

Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.

Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Anda juga mungkin mendapati tip-tip mengelakkan urat simpul (vena varikos) ini berguna.

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?

Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buaisr. Tetapi anda mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.

Jika ubat krim dan supositori tidak membantu, kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan:
  • mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
  • Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
  • Cahaya inframerah.





Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi.


Tuesday 26 February 2013

Kanser Payudara dan Pemakanan




Hanya Ingin Mengingati akan Bahaya Penyakit ini,pembunuh No.1 di Malaysia selepas Kanser Serviks...Kanser itu datangnya daripada pemakanan kita hari-hari...





Pendahuluan
Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan.

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan.

Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi.



Lemak makanan
Kanser yang terjadi pada wanita disebabkan oleh pengaruh hormon oestrogen didapati ada kaitan dengan jumlah lemak tepu dalam pemakanannya . Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak. Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%. Lima peratus lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain. Sepuluh peratus lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain. Pengambilan lemak kurang daripada 15% adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.



Serabut makananSerabut makanan atau bahan kasap berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen. Kajian telah menunjukkan kekurangan sebanyak 57% kadar kanser payudara pada wanita sebelum putus haid yang mengamalkan makan sayur-sayuran secara teratur. Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan. Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain. Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.

Rajah pyramid pemakanan





Phytonutrient, probiotik dan makanan diperam
Pemakanan daripada sumber tumbuhan mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient. Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient. Telah lama diketahui bahawa kanser payudara dipengaruhi oleh jumlah pendedahan hormon estradiol dalam jangka masa hidup seseorang. Phytonutrient memberi perlindungan kepada sel-sel payudara yang sensitive terhadap oestrogen pertamanya dengan menyekat reseptor disel-sel payudara dengan oestrogen tumbuhan seperti genistein dan diadzein, keduanya melalui tindakbalas `Bowman Birk Inhibitor’ atau `protease inhibitor’yang mengatur akitiviti sel untuk melindungi daripada kanser. `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

`Probiotics” dan makanan yang diperam menghasilkan pertumbuhan bakteria yang tidak merbahaya yang akan memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin. Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.
 
 
Saya Ingin memesan Beringatlah sebelum terkena kanser ini..Penyakit ini tidak mengenal usia mahupun jantina atau pun saudara...semoga kita semua sentiasa Dilindungi-Nya dari mendapat penyakit ini..amin...

Monday 25 February 2013

Salah satu Ubat Sakit Lutut

Salam semua....

Salah satu penyakit yang muncul apabila usia makin meningkat adalah penyakit sakit lutut, dimana lutut akan kehilangan hormon antara ligamen bagi melicinkan pergerakkan.
Oleh hal sedemikian...saya ingin mensyorkan salah satu ubat yang dapat mengurangkan masalah tersebut iaitu RUMPAI LAUT ...pasti ramai yang dah ketahui akan khasiat2 lain memakan rumpai laut ini..baik dari kecantikan atau ingin badan yang besar menjadi slim..hihii.
Disini saya akan bagi sedikit tentang khasiat Rumpai laut ini...


Khasiat- khasiat rumpai laut

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.


Buang toksin dan bahan radikal bebas


Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.
Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.



Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

 

Saturday 23 February 2013

Pantai batu Burok.....

salam....

Nama pantainya gah dia dibibir mulut setiap pengunjung..laut yang sentiasa membadai pantai tanpa jemu..
pengunjung yang tak putus kunjung tiba..itulah Pantai Batu Burok kuala terengganu.




 
pemandangan biasa pantai awam batu burok setiap hari
pengunjung yang tidak pernah putus.
 
 
 
 
(yang amat dikesali apabila ini yang ditinggalkan pengunjung. tiada sikap bertanggungjawab)
 
 
Jikalau namanya sahaja yang Gah..tiada gunanya jikalau sikap suka membuang sampah merata-merata ini masih melekat dalam jiwa pengunjung pasti lama lamaan nama pantai akan sinonim dengan namanya....
 

Mana Pihak Berwajib........(TELAH DIAMBIL TINDAKAN OLEH PIHAK BERKUASA)

Salam semua...
PERUBAHAN KEADAAN DARI BERLUBANG MENJADI LANCAR DAN KEMAS...

Pada minggu ini saya ingin ubah sedikit dari topik perubatan tradisonal...





 
 
Gambar 1

 Ini adalah jalan menuju ke Tanah Merah- Kota Bharu- Kuala Krai dari Jalan Machang-pasir puteh...





 
gambar 2
 
 
Salah satu persimpangan yang menghubungkan 4 daerah dalam Kota bharu






 
Gambar 3
 
Persimpangan yang amat sibuk dengan jumlah kenderaan...
 
Bagi rakyat sekitar bandar machang,tanah merah dan yang ingin ke jeli pasti akan melalui persimpangan ini...Tengoklah pada keadaan jalan yang amat menyedihkan sekali.
ini pasti mengundang bahya kepada pemandu baik pemandu kereta atau motorsikal. selain itu,kereta sering rosak apabila melalui jalan yang tidak layak dikenali jalan bertar ini...ini adalah kerana tidak nampak tar..hanya tinggal lubang-lubang besar dan kecil sahaja.
 
 
saya berharap pihak berwajib segera membaiki jalan ini...kerana jalan ini sudah lama berkeadaan begini..tiada perubahan pembaikkan..jalan makin rosak dan membahayakan pengguna.
pengguna yang membayar cukai pasti mahu mendapatkan faedahnya dari ape yang dibayar..
 
 
Selepas di Upload Gambar Keadaan Jalan di persimpangan Bandar Machang-Kota Bharu-Tanah Merah sebelum ini yang amat teruk keadaanya...
saya telah kembali melalui jalan terbabit dan saya telah lihat ada perubahan dengan bertar baru dan kemas...Inilah yang rakyat mahukan...
sedikit keselesaan ketika memandu

SYABAS BUAT PIHAK BERKUASA DENGAN PERUBAHAN INI....
 




Wednesday 13 February 2013

Masih Dalam Perubatan Barah

Salam Tahun Baru Semua...

Sudah lama rasanya tidak update blog....Ini adalah kerana kesibukan melayan keletah anak ketika cuti dan banyak perkara yang dilakukan.
Saya benar-benar ingin mengeketengahkan perubatan barah ini kerana makin ramai wanita malaysia yang menghidap penyakit barah payudara ini...

saya telah mengambil beberapa gambar bagaimana Haji Awang berubat pesakit2 yang datang berubat dengan beliau.

Tetapi buat masa ini saya ada sedikit masalah ketika mahu diuploadkan gambar tersebut..saya akan perbaiki kerosakan tersebut dengan kadar segera...

Tujuan saya jelas hanya ingin membantu wanita diluar sana yg masih masih mencari rawatan alternatif selain rawatan moden...

P/s...........       Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)


sekian dahulu buat masa ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...