Wednesday 23 October 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT GURU DAN PENTADBIR KPM ONLINE


Ujian sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Ujian berteraskan ICT atau teknologi komputer adalah sangat penting untuk menguji seorang guru dalam pengetahuan am komputer. Ujian ini juga merupakan komponen penting di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk guru dan pentadbir wajib menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

ict-guru

Sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Online

Format Soalan
Ujian ini dilaksanakan secara atas talian (online) mengandungi 30 soalan dan hendaklah dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit.

Pengumuman Terkini
1) Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang (sistem ditutup pada 22 Oktober 2013 jam 12 malam)
2) P.Pinang, Kedah dan WP Labuan (sistem ditutup pada 24 Oktober 2013 jam 12.00 malam)

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak dan Selangor

Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG ‘BACK’ di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG ‘SETERUSNYA’ BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...