Saturday 12 October 2013

PEMBANTU TADBIR BAKAL DIGANTI MENJADI PEGAWAI KHIDMAT TADBIR


Cadangan Pembantu Tadbir bakal diganti jadi Pegawai Khidmat Tadbir telah mencetuskan pelbagai pandangan dari pelbagai pihak terutamanya dalam sektor Perkhidmatan Awam. Ada juga yang bersetuju dan membantah mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Kertas cadangan itu telah dihantar kepada Suruhanjara Perkhidmatan Awam (SPA) dan berharap agar kerajaan meluluskan cadangan tersebut dan diumumkan pada pembentangan bajet 2014 nanti. Penukaran nama jawatan tersebut sekaligus akan menaikkan pangkat atau gred Pembantu Tadbir dalam sektor perkhidmatan awam di seluruh negara.

jawatan

Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)

Intipati Cadangan CUEPACS Agar Pembantu Tadbir Naik Gred
  • Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir
  • Pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.
  • Naik gred seramai 65,000 pembantu tadbir itu di seluruh Malaysia
Punca Cadangan Kenaikan Gred Pembantu Tadbir
  • Pembantu Tadbir merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembantu Tadbir tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
  • Menghargai jasa dan kerja yang dilakukan oleh Pembantu Tadbir.
  • Menaikan taraf ekonomi Pembantu Tadbir.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...