Wednesday 23 October 2013

DIHARAP BAKAL MENJADI KENYATAAN-BUAT JURUTEKNIK SEMALAYSIA



Juruteknik J17

Sebelum itu, Berita Semasa pernah kupas isu nasib “KLIK = Juruteknik J17” tahun 2012. Nampaknya skim gred J ada laluan “ekspres” selepas ini. Berita baik kepada juruteknik gred J17, J22, J26, anda akan dinaikkan ke gred J29. Tahniah diucapkan…

Mari kita semak satu persatu butiran penting mengenai pengumuman kenaikan gred juruteknik sektor awam kali ini yang telah disampaikan terlebih dahulu intipatinya oleh Presiden Cuepacs (Datuk Omar Osman)

Kenaikan Gred 45,000 Juruteknik (J17,J22 & J26 Ke J 29)


  • 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baru ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013.
  • Skim gaji baru itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober 2013
  • Melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
  • Skim baru ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September 2013 dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.
  • Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.

Tangga Gaji Baru Juruteknik J29


  • Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma sekaligus tangga gaji turut berubah.
  • Gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baru dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055
  • Perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
  • Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga gaji lebih baik. Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini
  • Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada kekosongan sehingga Juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji
  • Jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.
  • Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan
  • Sebab itu Cuepacs naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan ‘Time Based’ dari J29 terus ke J54

Tahniah Berita Semasa ucapkan kepasa semua yang terlibat.

Berita Semasa merasakan keputusan kenaikan gred juruteknik J17, J22, J26 naik ke gred J29 disebabkan Sekolah Vokasional telahpun dinaiktarafkan menjadi lepasan diploma disebabkan mereka ada mengambil sijil kompetensi. Tetapi…persoalannya sekarang ini ia baru dilaksanakan baru-baru ini. Bukannya zaman 10-20 tahun dahulu…
Dipetik dari Kolum Berita semasa.....

2 comments:

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...